Nuffnang Ads

Thursday, September 4, 2014

MOTIVASI


   


Take step by step.....

  Assalamualaikum...Hari ni Izra nak kongsi cerita tentang Motivasi. Semua orang tau apa itu motivasi. Terdapat pelbagai definasi motivasi. Menurut Muhammad Kamil (2001), motivasi merupakan elemen yang penting dalam menghasilkan pembelajaran yang sempurna. Hal ini kerana motivasi merupakan suatu kaedah pengajaran yang boleh merangsang minat dalam suatu pekerjasaan atau pembelajaran. Weiner (1990), menyatakan motivasi adalah keadaan dalaman seseorang yang membangkitkan, mengarah dan tingkah laku secara berterusan.

  Dalam pekerjaan atau dalam sesuatu institusi, motivasi adalah penting. Ini kerana dengan adanya motivasi yang berterusan akan memberikan kesan yang baik dalam sesuatu institusi. Semuanya adalah kesan atau hasil daripada motivasi. 

Bagaimana untuk memotivasikan individu?

1. How great leaders inspire action!

   Ketua department atau ketua dalam sesuatu bahagian itu sendiri penting. Bagaimana mereka mempengaruhi orang bawahan mereka sendiri. Tidak cukup dengan hanya kata-kata tapi mereka sendiri perlu buktikan dengan tindakan yang mereka akan ambil. Jika mereka hanya bercakap tapi tidak diikutidengan perbuatan yang sewajarnya bagaimana staff bawahan kita akan ikut. Betul tak?

   Contohnya, dalam bahagian jualan. Ketua atau manager beri arahan supaya sentiasa berhubung dengan pelanggan dan sentiasa membina hubungan baik dengan pelanggan tetapi perbuatan atan kelakuan manager tidak seperti itu. Maka bukan senang pekerja bawahan akan mendengar atau ikut nasihat daripada manager. Selain itu juga, Manager ada berjanji akan menolong atau memberi tunjuk ajar pada pekerja bawahan tetapi bila tiba pekerja bawahan mendapat susah dan memerlukan pertolongan dari manager tapi tiada sokongan yang diberikan. Maka secara kesimpulannya manager hanya tahu bercakap sahaja dan tidak menunjukkan tindakan yang sewajarnya atau lebih kepada hanya bercakap kosong sahaja.

2. Jangan takut

   Buangkan perasaan takut dalam diri. Untuk berjaya kita perlu berani untuk ambil risiko. Setiap risiko yang kita ambil akan beri kesan kepada kita. Daripada risiko yang kita ambil akan memberikan kita keyakinan dan keberanian dalam diri untuk mendapat lebih kejayaan. Jika kita tidak berani mengambil risiko, kehidupan kita hanya akan setakat itu sahaja. Tiada kemajuan. Fikirkanlah sampai bila kita nak berada di takuk itu? Jangan hanya hidup si zone selesa sahaja. Beranikan diri untuk naik ke langkah seterusnya. Tidak rugi jika kita mencuba. Sekali jatuh bukan bermakna kita jatuh selama-lamanya. Beranikan diri untuk naik ke tangga seterusnya.

3. Jangan berputus asa

   Jangan putus asa dalam kehidupan. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Jadi cari punca masalah yang kita hadapi. Selesaikan dengan bijak. Cari penyelesaiannya. Jika kita berputus asa, hidup kita akan sentiasa berada di takuk lama. Tiada pencapaian dan kita hanya membuang masa kita sedangkan kita boleh selesaikannya dengan mudah dan boleh pergi lebih jauh lagi. Fikirkanlah, lari daripada masalah tidak akan memberi apa-apa faedah.

4. Kerjasama.

   Kerjasama penting dalam sesebuah syarikat. Dengan adanya kerjasama dalam sesebuah pasukan akan memberikan kesan yang lebih baik. Contohnya, latihan yang diberikan daripada ketua kumpulan kepada ahli baru yang menyertainya. Dengan adanya kerjasama setiap ahli, ini akan memberikan motivasi kepada ahli baru untuk menyesuaikan diri dalam pasukan tersebut. Ahli baru tidak akan berasa kekok dan senang untuk menerima latihan. Setiap ahli akan ada fungsi tersendiri. Dengan adanya kerjasama, komunikasi antara ahli juga berjalan lancar dan sesuatu projek akan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan dan ini akan memberikan impak positif dalam setiap diri ahli.

5. Orientasi keputusan. 

   Fokuskan minda kita pada kekuatan yang kita miliki. Kekuatan yang dimiliki akan memberi hasil keputusan yang baik. Fikirkan dimanakah kekuatan anda? Senamkan minda anda supaya ingin mengejar keputusan hari ini, esok, lusa, minggu depan, bulan depan dan juga tahun-tahun akan datang. Tiada masa untuk membuang masa!

6. Fikirkan kegagalan membawa kejayaan.

   Tidak semestinya kegagalan akan membawa kegagalan semlama-lamanya. Melalui kegagalan kita boleh perbaiki untuk mendapat kejayaan. Kejayaan bermula daripada kegagalan. Tiada apa yang tidak boleh untuk kita perbaiki. Jadi, fikirkanlah kegagalan adaalah titik permulaan untuk kita peroleh kejayaan.

7. Dedikasi dalam memperbaiki diri.

   Minda yang tidak disuapkan dengan ilmu, akan menjadi lesu dan di takuk lama sahaja. Penuhi minda dengan ilmu-ilmu baru, sama ada dari membaca buku, internet, mempelajari dari mereka yang telah berjaya, serta menghadiri majlis-majlis ilmu.

   Dedikasikan diri anda supaya sering mempelajari kaedah dan teknik baru dalam industri anda. Mereka yang berjaya adalah mereka yang sering membaca dan mengaplikasikan ilmu-ilmu baru.

   Ada juga yang menganggap, kejayaan adalah berdasarkan nasib. Tetapi, selalunya, lebih banyak ilmu yang kita miliki, lebih baik ‘nasib’ yang akan datang kepada kita!

8. Berhenti membandingkan diri kita dengan orang lain.

   Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Ini kerana akan memberikan fikiran negatif dalam diri kita. Kita akan sentiasa merasa rendah diri. Positifkan diri kita untuk berjaya dalam kehidupan. Usaha untuk lebih berjaya dalam kehidupan. Perbandingan hanya akan memberikan impak negatif dalam diri kita. Untuk berjaya, positifkan diri kita. Jika orang lain boleh berjaya, kenapa tidak kita!

Banyak lagi yang kita boleh buat untuk motivasikan diri kita sebenarnya. Jika Izra nak huraikan setiap satu memang lagi panjang. Jadi Izra cuma akan senaraikan satu-satu.

9. Berhenti merasakan diri paling ketinggalan dari semua segi

10. Jalan membalas pujian dengan ucapan “oh ia takde apa-apa”. Malah terima lah semua pujian dengan ucapan “Terima kasih”. Anda berhak merasakan diri bahawa anda layak untuk pujian tersebut asalkan jangan meninggi diri dan bongkak.

11. Selalu berkata kepada diri, “Saya amat berharga dan bernilai, saya dicintai oleh semua orang dan saya layak untuk mendapat yang terbaik dalam kehidupan”.

12. Selalu mendengar dan membaca kata-kata motivasi dari orang yang telah berjaya.

13. Selalu bergaul dengan orang-orang yang berfikiran positif dan supportif.

14. Buat senarai kejayaan yang telah anda capai pada masa lalu dan lihat senarai tersebut setiap hari. Buat senarai sifat-sifat positif dan bandingkan diri anda. Adakah anda mempunyai sifat-sifat tersebut. Jika belum, UBAH.

15. Lebihkan memberi. Didik sikap memberi berbanding menerima. Tidak semestinya ia berbentuk wang semata-mata. Apa sahaja terutama penglibatan anda dalam masyarakat (usaha, tenaga, masa dll.)

16. Libatkan diri dalam aktiviti yang anda betul-betul minati. Motivasi diri akan meningkat mendadak apabila melakukan perkara-perkara dengan ikhlas kerana minat dan anda akan merasakan diri anda bernilai dan berharga.

17. Menjadi diri anda sendiri. Hidup sebagai diri anda – hidup anda bukan ditentukan oleh orang lain. Anda tidak akan berasa berharga dan tidak hormat pada diri sendiri jika bukan anda yang menentukan jalan hidup yang anda mahukan.

Jadi untuk berjaya banyak yang perlu kita perbaiki. Tidak mustahil untuk kita terus berjaya. Apa yang penting adalah kita sentiasa positifkan diri kita untuk mendapat yang lebih baik.

Wednesday, September 3, 2014

IMPIAN KU...

Assalamualaikum.... Dah lama saya tak update blog. Hari ni saya nak kongsi satu berita gembira. Akhirnya satu dari impian saya hampir tercapai. Impian ingin memulakan perniagaan restoran. Rasa gembira sangat-sangat. Lepas ni memang akan rasa lagi sibuk.

Lokasi untuk restoran sudah dikenal pasti. Lepas ni bermulalah untuk renovation dan konsep restoran. Harap semuanya akan berjalan lancar.

Sedikit demi sedikit cabaran yang datang dalam hidupku namun saya harus lebih tabah. Semakin banyak cabaran bererti Allah sentiasa sayang pada kita dan sentiasa mengingatkan kita supaya ingat padaNya.

Buat masa ini, ini sahaja yang saya nak share. Nanti bila saya dah start renovation and start restoran, saya kongsi lagi....