Nuffnang Ads

Monday, June 8, 2015

3 PERINGKAT JENIS STAFF DALAM PEKERJAAN

Assalamualaikum....Lama rasanya Izra tak update blog. Hari ni Izra nak kongsi info yang Izra rasa berbaloi untuk kongsi bersama.

Rasanya dah lama Izra dalam persekitaran pekerjaan. Pejam celik rasanya dh 8 tahun Izra dalam dunia pekerjaan ni. Banyak benda yang Izra dapat dari dunia pekerjaan.

OK la Izra nak share some info. Ini adalah berdasarkan pengalaman Izra, ada 3 peringkat  atau 3 jenis staff yang Izra nampak...

1) Orang yang tak tau buat kerja tapi tau kipas (Bodek)
2) Orang yang tau kerja tapi tak dihargai
3) Orang yang boleh bagi duit pada company dan boleh buat kerja.


1) Orang yang tak tau buat kerja tapi tau kipas.

Bagi orang macam ni Izra percaya ramai yang pernah alaminya kan. Kadang-kadang orang lain yang buat kerja tapi orang lain yang dapat nama. Orang macam ni memang banyak. Tahu menumpang hasil dari pekerjaan orang lain.

Bagi Izra orang macam ni memang susah nak dipercaya. Izra banyak jumpa orang macam ni. Dari percakapan memang nampak macam banyak info tapi bila suruh kerja baru kita tau dia boleh buat kerja atau tak. Kadang-kadang bila kita lihat situasi begini, paling kesian adalah orang bawahan. Susah payah untuk buat siapkan kerja tapi hasilnya orang lain yang dapat.

Bagi Izra, pemilik or majikan perlu lebih ambil tahu tentang hal pekerja. Tidak perlu untuk tahu ke semuanya tapi cukuplah mengenal sikap tiap pekerja. Memang sukar untuk kenal lebih-lebih lagi bagi syarikat yang besar.

2) Orang yang tau kerja tapi tak dihargai

Kadang kala kita boleh lihat sebenarnya banyak pekerja yang boleh buat kerja cuma mereka kurang dilihat. Lebih-lebih lagi mereka hanya kerja diperingkat pengurusan. Banyak yang mereka buat sebenarnya untuk selesaikan satu task or kerja. Bukan senang sebenarnya kerja dalam bidang pengurusan. Memang nampak mudah tapi tanpa mereka sesebuah company tidak akan berjaya.
Contohnya seperti bahagian pengurusan, sumbangan mereka terhadap company sebenarnya besar cuma hasilnya tidak nampak seperti bahagian jualan di mana jika dapat satu pembelian maka nampak kejayaan mereka.

Hasil kerja sesetngah orang tidak boleh diukur dengan nombor. Tapi hasil kerja mereka di kira dengan kejayaan sesebuah company. Kesalahan mereka lebih nampak berbanding bahagian lain.

3) Orang yang boleh bagi duit pada company dan boleh buat kerja


Orang jenis ini yang company biasa cari. Mereka sukar untuk melepaskan pekerja jenis ini dan sukar juga untuk diperolehi untuk pekerja jenis ini.

Kebanyakan orang hanya memiliki salah satu sahaja iaitu samada boleh buat kerja atau boleh beri pulangan atau keuntungan pada company.

Semakin moden dunia semakin banyak yang kita boleh lihat. Ada yang baik ada ada yang masih di takuk lama. Banyak juga pekerja yang berpotensi sekarang ni yang boleh kita lihat dengan peredaran masa. Setiap individu bersaing untuk menunjukkan kelebihan masing-masing.

So, kesimpulannya yang Izra boleh katakan di sini adalah jadilah pekerja jenis ke 3 di mana kita mampu berdaya saing di samping memberi faedah kepada company.