Nuffnang Ads

Friday, August 23, 2013

CIRI-CIRI MAJIKAN YANG BAIK

Assalamualaikum... Hari ni Izra nak bercerita sedikit tentang majikan atau ada berkaitan dengan pekerjaaan. Izra pasti semua orang ada pekerjaan sendiri. Ada yang memilih hendak kerja sendiri dan ada juga yang makan gaji. Betul tak?

  Meningkatnya bilangan graduan menyebabkan ramai yang tak ada pekerjaan. Tapi walaupun begitu kadar berhenti kerja juga agak tinggi. Kadang-kadang kita lihat seorang graduan mempunyai keputusan yang bagus dalam pelajaran, dapat pekerjaan yang bagus tapi tidak mampu bertahan lama untuk sesuatu jawatan. Kenapa? Tidak semua berkaitan dengan syarikat tapi kadang-kadang majikan juga memberikan kesan kepada pekerja.

  Hari ini Izra nak share cerita mengenai ciri-ciri majikan yang bagus berdasarkan pengalaman Izra yang tak seberapa ni.

1) Ambil berat

   Majikan yang bagus akan mengambil berat tentang keadaan stafnya. Tidak semestinya perlu mengenal setiap staff dengan rapat. Kadang kala dengan sapaan daripada majikan mampu memberi motivasi kepada pekerja. Pekerja berasa majikan menghargai kehadiran mereka. Dengan senyuman atau sapaan sudah mampu memberi motivasi kepada staff itu sendiri. Contohnya, pengenalan staff baru kepada majikan. Majikan juga memberi sapaan jika bertemu. Staff akan berasa diri mereka dihargai. Majikan sedar akan kehadiran mereka.

2) Memahami keadaan Pekerja

    Majikan yang mampu memahami keadaan pekerja adalah salah satu ciri majikan yang baik. Tidak semestinya majikan perlu memahami keseluruhan peribadi pekerja tetapi cukuplah hanya tahu mengenai emosi pekerja. Jika pekerja berada dalam tekanan, majikan tahu kehendak pekerja. Contohnya mengadakan hari khas untuk pekerja untuk menghilangkan stress seperti movie day, makan bersama staff ataupun dengan mengadakan family day.

3) Pemimpin yang baik

   Majikan juga perlu bijak dalam mengatur syarikat. Perlu mengehadkan kuasa-kuasa setiap jawatan. Jika tiada had kuasa akan menyebabkan segalanya huru-hara. Perlu menjadi pemimpin yang baik. Pemimpin yang baik akan menentukan kejayaan seseorang. Ketua atau pemimpin yang baik akan memastikan anak-anak pimpinannya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

4) Hormat

    Majikan juga perlu ada rasa hormat terhadap pekerja. Tidak semestinya pekerja saja yang perlu hormat kepada majikan. Hormat bukanlah bermaksud perlu tabik kepda pekerja tapi perlu hormat pada hak pekerja. Setiap jawatan ada batasnya. Majikan yang baik akan sentiasa ada rasa hormat. Contohnya, majikan masih muda tapi usia pekerja melebihi majikan. Walaupun jawatan tinggi kita masih perlu hormat pada pekerja bawahan.

5) Jangan hanya pentingkan keuntungan

    Jangan jadi seperti pemerintah kuku besi. Hanya ingin kerah tenaga pekerja tapi gaji yang diberi tidak setimpal. Fikirlah apa akan jadi jika suatu hari nanti anak isteri kita dapat majikan yang sebegitu. Siapakah yang akan dapat tahan jika dapat majikan begitu. Pemberian bonus, company trip, atau profit sharing project dapat memberikan motivasi kepada pekerja. Pekerja tidak akan fikir untuk beralih arah kepada syarikat lain. Kenapa pekerja akan berhenti jika semua kebajikan pekerja dijaga oleh majikan.

6) Tidak mungkir janji

     Janji? Apa kaitan dengan janji? Kadangkala manusia ni mudah lupa dengan apa yang mereka katakan. Lagi-lagi berkaitan dengan kewangan. Bila belum dapat untung, penuh dengan janji tapi bila dah dapat untung masing-masing diam. Di sini majikan memainkan peranan. Jika mereka majikan yang baik, mereka akan penuhi janji mereka. Dengan ini memberikan motivasi kepada pekerja. Pekerja juga percaya bahawa majikan sentiasa ambil berat tentang pekerja.

7) Berterus- terang

    Tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan  berdiam diri. Kadang-kala pekerja tidak semestinya hanya mementingkan wang atau keuntungan. Cukuplah dapat majikan yang mampu berterus terang tentang keadaan sebenar. Contohnya seperti pemberian bonus. Majikan berjanji untuk memberi bonus pada setiap pekerja pada pertengahan tahun tapi sudah sampai akhir tahun masih lagi tiada progress. Ini akan menyebabkan pekerja hilang kepercayaan kepada majikan. Walaupun pada keadaan sebenarnya syarikat tidak mempunyai funding dalam melaksanakan projek. Majikan perlu berterus terang tentang keadaan sebenar. Pekerja yang baik akan memahami situasi sebenar. Berterus terang lebih baik dari berdiam diri.

8) Mengadakan Mesyuarat

    Mengadakan mesyuarat untuk setiap bahagian juga merupakan ciri-ciri majikan yang baik. Dengan menghadiri mesyuarat dengan pekerja mampu membuat majikan kenal dengan pekerja sendiri. Bagi syarikat besar memang tidak mudah untuk melaksanakannya tetapi cukuplah jika dapat menhadiri 1bulan kali mesyuarat bersama pekerja. Ini akan dapat membantu majikan mengenali setiap pekerja dan juga tugasan setiap pekerja.

9) Berkongsi

    Berkongsi ilmu. Majikan yang baik akan sentiasa menjadikan pekerja bawahannya sama menjadi pekerja yang berilmu sama seperti mereka. Tidak salah untuk berkongsi kerana dengan berkongsi ilmu juga akan memastikan setiap pekerjaan akan berjalan lancar. Pekerja yang berkebolehan akan memberi kesan yang baik kepada syarikat. Syarikat tidak rugi dan pekerja juga menjadi semakin bijak. Bayangkan jika pekerja tidak mempunyai pengalaman dalam sesuatu bidang. Sudah tentu pekerjaan yang majikan beri akan lewat dan mengambil masa yang lama. Jika majikan tidak kedekut ilmu, majikan akan berkongsi segala ilmu. Jika tidak, majikan boleh berkongsi keuntungan dengan memberi latihan kepada pekerja. Tidak salah jika menggunakan keuntngan untuk memberi ilmu kepada pekerja kerna keuntungan akan menjadi berganda. Dengan latihan yang diberi mampu melahirkan pekerja yang bagus.

10) Mengadakan hari bersama pekerja.

      Family day atau hari bersama pekerja. Ini adalah salah satu aktiviti yang bagus untuk majikan mengenal setiap pekerja. Izra ada kenal satu majikan ni. Memang baik. Tak pandai marah pekerja. Tapi bila marah kita boleh nampak muka dia. Memang berubah tapi nada suara masih sama. Tak pandai meninggi suara. Memang baik. Paling best masa company trip. Memang ketara perubahannya. Semasa kerja nampak lebih serius tapi bila bercuti memang dia macam orang biasa. Sama seperti pekerja. Dengan itu kemesraan antara majikan dan pekerja akan nampka lebih akrab. Pekerja pun akan nampak lebih gembira. Tiada stress. Segala masalah pekerjaan boleh dilupakan. Yang ada hanya perasaan gembira.


Setakat ni je yang Izra nak share....Kalau ikutkan memang banyak lagi. Cukuplah setakat ini. Sebagai pekerja yang baik, kita perlu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Segalanya datang dari diri kita sendiri.


" orang yang bijak tidak akan menyalahkan orang lain atas setiap kegagalan malah akan mencari punca kegagalan....."






Sunday, August 18, 2013

CIRI-CIRI SAHABAT YANG BAIK

Sudah tentu semua orang mempunyai sahabat kan. Tapi x semua sahabat tu baik dan boleh dipercayai. Hari ni Izra nak share tentang ciri-ciri sahabat yang baik.

1) Memahami
    Kita perlulah memahami sahabat kita. Untuk mengetahui sahabat itu baik atau tidak, kita perlulah memahami diri seseorang dulu. Jika dia sahabat yang baik, dia akan sentiasa peka dengan keadaan kita, memahami keadaan kita. Barulah boleh dikatakan seorang sahabat yang baik.

2) Semangat Setia kawan yang tinggi.
    Tidak semua orang mempunyai semangat setia kawan yang baik. Ada kalanya mereka pandai memanipulasi. Menggunakan kita pada waktu susah. Bila kita berada dalam kesusahan ketika itu mereka tiada. Sahabat yang sentiasa bersama dalam keadaan susah atau senang adalah seorang sahabat yang baik. Sentiasa ada bila kita memerlukan. Sentiasa setia bersama kita bila susah dan senang.

3) Hormat Menghormati

    Hormat menghormati paling penting. Dengan sifat ini setiap individu akan faham tentang privacy masing-masing. Tidak semestinya bila kita mempunyai kawan karib kita perlu menceritakan semua kepayahan kita pada sahabat kita. Ada juga perkara yang perlu kita rahsiakan. Sebagai sahabat yang baik, kita tidaklah perlu untuk mendesak sahabat kita menceritakan masalah peribadi mereka.

4) Percaya
    Sahabat yang baik perlu ada kepercayaan yang bagus. Kepercayaan bukan senang untuk diperolehi. Hanya sahabat yang baik sahaja mampu memperoleh kepercayaan daripada seseorang. Jadi, kita perlu elakkan daripada menipu. Hanya sedikit kesilapan mampu memusnahkan kepercayaan seseorang terhadap kita.

5) Jujur
    Sentiasa jujur dalam persahabatan. Tidak perlu menipu hanya kerna ingin meraih simpati daripada orang lain. Penipuan tidak akan kekal lama. Hanyalah bersifat sementara. Seorang sahabat yang baik akan sentiasa jujur dalam persahabatan.

Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri seorang sahabat yang baik. Manusia tidak sempurna. Sebagai seorang sahabat kita mampu melengkapi antara satu sama lain. Jadi fikirkanlah. Adakah kita seorang sahabat yang baik?

"adakah anda seorang sahabat yang baik?"

PEMINTA SEDEKAH

Assalamualaikum...

Dah lama Izra tak update blog. Maklumla busy dengan raya..hihihi

Hari ni Izra nak share tentang usaha. Banyak yang boleh kita describe tentang word usaha ni. Tapi Izra nak share pasal tenaga atau kudrat kita. Izra tengok ramai orang sekarang ni suka cari jalan mudah untuk mencari rezki. Pelbagai cara yang digunakan untuk mencari wang. Kalau dengan cara yang bagus tak apa tapi ini suka menggunakan nama institusi kebajikan demi untuk meraih simpati. Wajarkah begitu?

Kalau betul untuk tujuan kebajikan kenapa gunakan kanak-kanak untuk meraih simpati. Waktu pengutipan pun sampai waktu malam. Wajarkah? Logik ke? Guna budak-budak untuk kutip derma, lepas tu letak dekat pam minyak. Berdiri dekat pam minyak dari pagi hingga malam. Hari-hari duduk tempat yang sama. Untuk mengelakkan curiga, tukar budak seminggu sekali. Wajarkah begitu?

Terdesak sangatkah institusi kebajikan tersebut sehingga hari-hari meletakkan budak di pam minyak atau luar-luar bank semata-mata untuk mengutip derma. Cuba anda fikirkan sejenak. Wajarkah institusi menggunakan remaja atau budak belasan tahun untuk megutip derma untuk intitusi.? Kemanakah tanggungjawab institusi tersebut? Tidak perlukan budak tersebut untuk sekolah?

Kalau dah selalu sangat jumpa di tempat yang sama tidakkah anda berasa curiga? Perlukan kutipan dilakukan sepanjang hari? Izra selalu nampak individu macam ni. Dalam setahun tak pernah tak ada budak yang kutip derma dekat pam minyak.

Tak salah untuk menderma tapi biarlah ditempat yang betul. Tenaga masih banyak tapi sayang lakukan pekerjaan macam tu. Selain tu banyak juga tempat yang boleh kita lihat macam di pasar malam. Terlalu banyak peminta sedekah. Siap bawa anak kecil untuk meminta simpati orang lagi. Usia muda tapi sudah pandai meminta sedekah. Cubalah gunakan tenaga tersebut untuk bekerja. Sudah tentu banyak yang diperolehi. Ini hanya fikir jalan singkat sahaja. Minta duit dari orang lain dengan meraih simpati....

" GUNAKAN TENAGA ATAU KUDRAT YANG ALLAH BERI KE JALAN YANG DIREDHAI....
KEBERKATAN DATANG DARIPADA-NYA"