Assalamualaikum... Hari ni Izra nak bercerita sedikit tentang majikan atau ada berkaitan dengan pekerjaaan. Izra pasti semua orang ada pekerjaan sendiri. Ada yang memilih hendak kerja sendiri dan ada juga yang makan gaji. Betul tak?
Meningkatnya bilangan graduan menyebabkan ramai yang tak ada pekerjaan. Tapi walaupun begitu kadar berhenti kerja juga agak tinggi. Kadang-kadang kita lihat seorang graduan mempunyai keputusan yang bagus dalam pelajaran, dapat pekerjaan yang bagus tapi tidak mampu bertahan lama untuk sesuatu jawatan. Kenapa? Tidak semua berkaitan dengan syarikat tapi kadang-kadang majikan juga memberikan kesan kepada pekerja.
Hari ini Izra nak share cerita mengenai ciri-ciri majikan yang bagus berdasarkan pengalaman Izra yang tak seberapa ni.
1) Ambil berat
Majikan yang bagus akan mengambil berat tentang keadaan stafnya. Tidak semestinya perlu mengenal setiap staff dengan rapat. Kadang kala dengan sapaan daripada majikan mampu memberi motivasi kepada pekerja. Pekerja berasa majikan menghargai kehadiran mereka. Dengan senyuman atau sapaan sudah mampu memberi motivasi kepada staff itu sendiri. Contohnya, pengenalan staff baru kepada majikan. Majikan juga memberi sapaan jika bertemu. Staff akan berasa diri mereka dihargai. Majikan sedar akan kehadiran mereka.
2) Memahami keadaan Pekerja
Majikan yang mampu memahami keadaan pekerja adalah salah satu ciri majikan yang baik. Tidak semestinya majikan perlu memahami keseluruhan peribadi pekerja tetapi cukuplah hanya tahu mengenai emosi pekerja. Jika pekerja berada dalam tekanan, majikan tahu kehendak pekerja. Contohnya mengadakan hari khas untuk pekerja untuk menghilangkan stress seperti movie day, makan bersama staff ataupun dengan mengadakan family day.
3) Pemimpin yang baik
Majikan juga perlu bijak dalam mengatur syarikat. Perlu mengehadkan kuasa-kuasa setiap jawatan. Jika tiada had kuasa akan menyebabkan segalanya huru-hara. Perlu menjadi pemimpin yang baik. Pemimpin yang baik akan menentukan kejayaan seseorang. Ketua atau pemimpin yang baik akan memastikan anak-anak pimpinannya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
4) Hormat
Majikan juga perlu ada rasa hormat terhadap pekerja. Tidak semestinya pekerja saja yang perlu hormat kepada majikan. Hormat bukanlah bermaksud perlu tabik kepda pekerja tapi perlu hormat pada hak pekerja. Setiap jawatan ada batasnya. Majikan yang baik akan sentiasa ada rasa hormat. Contohnya, majikan masih muda tapi usia pekerja melebihi majikan. Walaupun jawatan tinggi kita masih perlu hormat pada pekerja bawahan.
5) Jangan hanya pentingkan keuntungan
Jangan jadi seperti pemerintah kuku besi. Hanya ingin kerah tenaga pekerja tapi gaji yang diberi tidak setimpal. Fikirlah apa akan jadi jika suatu hari nanti anak isteri kita dapat majikan yang sebegitu. Siapakah yang akan dapat tahan jika dapat majikan begitu. Pemberian bonus, company trip, atau profit sharing project dapat memberikan motivasi kepada pekerja. Pekerja tidak akan fikir untuk beralih arah kepada syarikat lain. Kenapa pekerja akan berhenti jika semua kebajikan pekerja dijaga oleh majikan.
6) Tidak mungkir janji
Janji? Apa kaitan dengan janji? Kadangkala manusia ni mudah lupa dengan apa yang mereka katakan. Lagi-lagi berkaitan dengan kewangan. Bila belum dapat untung, penuh dengan janji tapi bila dah dapat untung masing-masing diam. Di sini majikan memainkan peranan. Jika mereka majikan yang baik, mereka akan penuhi janji mereka. Dengan ini memberikan motivasi kepada pekerja. Pekerja juga percaya bahawa majikan sentiasa ambil berat tentang pekerja.
7) Berterus- terang
Tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan berdiam diri. Kadang-kala pekerja tidak semestinya hanya mementingkan wang atau keuntungan. Cukuplah dapat majikan yang mampu berterus terang tentang keadaan sebenar. Contohnya seperti pemberian bonus. Majikan berjanji untuk memberi bonus pada setiap pekerja pada pertengahan tahun tapi sudah sampai akhir tahun masih lagi tiada progress. Ini akan menyebabkan pekerja hilang kepercayaan kepada majikan. Walaupun pada keadaan sebenarnya syarikat tidak mempunyai funding dalam melaksanakan projek. Majikan perlu berterus terang tentang keadaan sebenar. Pekerja yang baik akan memahami situasi sebenar. Berterus terang lebih baik dari berdiam diri.
8) Mengadakan Mesyuarat
Mengadakan mesyuarat untuk setiap bahagian juga merupakan ciri-ciri majikan yang baik. Dengan menghadiri mesyuarat dengan pekerja mampu membuat majikan kenal dengan pekerja sendiri. Bagi syarikat besar memang tidak mudah untuk melaksanakannya tetapi cukuplah jika dapat menhadiri 1bulan kali mesyuarat bersama pekerja. Ini akan dapat membantu majikan mengenali setiap pekerja dan juga tugasan setiap pekerja.
9) Berkongsi
Berkongsi ilmu. Majikan yang baik akan sentiasa menjadikan pekerja bawahannya sama menjadi pekerja yang berilmu sama seperti mereka. Tidak salah untuk berkongsi kerana dengan berkongsi ilmu juga akan memastikan setiap pekerjaan akan berjalan lancar. Pekerja yang berkebolehan akan memberi kesan yang baik kepada syarikat. Syarikat tidak rugi dan pekerja juga menjadi semakin bijak. Bayangkan jika pekerja tidak mempunyai pengalaman dalam sesuatu bidang. Sudah tentu pekerjaan yang majikan beri akan lewat dan mengambil masa yang lama. Jika majikan tidak kedekut ilmu, majikan akan berkongsi segala ilmu. Jika tidak, majikan boleh berkongsi keuntungan dengan memberi latihan kepada pekerja. Tidak salah jika menggunakan keuntngan untuk memberi ilmu kepada pekerja kerna keuntungan akan menjadi berganda. Dengan latihan yang diberi mampu melahirkan pekerja yang bagus.
10) Mengadakan hari bersama pekerja.
Family day atau hari bersama pekerja. Ini adalah salah satu aktiviti yang bagus untuk majikan mengenal setiap pekerja. Izra ada kenal satu majikan ni. Memang baik. Tak pandai marah pekerja. Tapi bila marah kita boleh nampak muka dia. Memang berubah tapi nada suara masih sama. Tak pandai meninggi suara. Memang baik. Paling best masa company trip. Memang ketara perubahannya. Semasa kerja nampak lebih serius tapi bila bercuti memang dia macam orang biasa. Sama seperti pekerja. Dengan itu kemesraan antara majikan dan pekerja akan nampka lebih akrab. Pekerja pun akan nampak lebih gembira. Tiada stress. Segala masalah pekerjaan boleh dilupakan. Yang ada hanya perasaan gembira.
Setakat ni je yang Izra nak share....Kalau ikutkan memang banyak lagi. Cukuplah setakat ini. Sebagai pekerja yang baik, kita perlu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Segalanya datang dari diri kita sendiri.
" orang yang bijak tidak akan menyalahkan orang lain atas setiap kegagalan malah akan mencari punca kegagalan....."
No comments:
Post a Comment