Nuffnang Ads

Sunday, September 1, 2013

PENGALAMAN

       Assalamualaikum.... hari ni Izra nak kongsi tentang sikap masyarakat masa kini. Apa yang anda faham dengan " cakap tak serupa bikin" . Sebenarnya banyak perkara yang boleh kita terangkan tentang perkataan ini.

       Masyarakat sekarang hanya tahu berkata-kata sahaja. Tapi taklah semua. kebanyakan mereka begitu. Hanya tau bercakap tanpa mengetahui makna yang tersirat. Seperti hanya tahu menabur janji tapi tak mampu untuk tunaikan. Memang manis bila mengeluarkan janji tapi untuk menunaikan bukannya mudah. Sekali kepercayaan kita hilang memang sukar untuk memperolehinya lagi. Betul tak?

       Hari ni Izra nak bercerita tentang pengalaman seorang rakan Izra. Kisah Ina (bukan nama sebenar). Ina sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai 7 orang anak. Mesti orang akan menilai hidup Ina sentiasa bahagia dan mempunyai banyak zuriat. Kat sini Izra bukan nak cerita mengenai Ina tapi Izra nak bercerita mengenai kawan Ina. Ina mempunyai seorang BFF. Mereka memang rapat. Sentiasa berkongsi cerita. Tapi Ina ni tak mengetahui bahawa BFF ina bukanlah seorang sahabat yang baik bagi Izra.

       Kenapa Izra cakap macam tu? Sebab sikap Danial ( bukan nama sebenar) sama seperti orang yang cakap tak serupa bikin. Hanya tahu beri nasihat tapi hidupnya sendiri tunggang langgang. Jika kita dapat sahabat yang baik InsyaAllah hidup kita juga akan bertambah baik.

       Danial dan Ina memang rapat. Hubungan mereka hanya sekadar kawan baik sahaja. Ina selalu berkongsi masalah rumahtangganya dengan Danial. Danial pula sering memberi nasihat kepada Ina. Izra cuma hanya boleh mendengar masalah mereka. Tapi dalam pada yang sama Izra dapat mengenali hidup kedua-duanya. Perangai dan sikap mereka.

       Izra dapat lihat sikap Danial yang pandai memberi nasihat. Memang bagus nasihat yang diberikan oleh Danial kepada Ina jika dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian tetapi yang menyedihkan Izra ialah Danial hanya tahu memberi nasihat sedangkan Danial sendiri tidak mengikut apa yang dikatakan. Cuba anda bayangkan kalau anda di tempat Izra, seorang rakan memberi nasihat yang cukup baik untuk diikuti tetapi orang yang beri nasihat sendiri tidak pernah mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Apa yang anda rasa?

       Izra pernah memberi pelbagai persoalan kepada Danial. Membuat Danial berfikir tentang kehidupan. Memang seronok bila kita membincangkan sesuatu isu untuk mencabar minda. Danial sedar dengan kesalahan yang dia sudah lakukan tetapi masih tidak mahu berubah. Bayangkanlah. Kalau anda mempunyai sahabat seperti Danial adakah anda akan mengikuti nasihat dia?

       Bagi Izra, sikap Ina dan Danial memang tidak patut. Ina tidak perlu berkongsi masalah rumahtangga kepada Danial kerana dalam ia boleh menjatuhkan maruah si suami. Pelbagai cerita yang dikongsi oleh Ina bersama Danial. Izra cukup kasihan melihat kedua-dua kenalan Izra. Mereka sedar akan masalah yang dihadapi, sedar akan sikap masing-masing tetapi masih tidak berubah.

        Kasihan dan simpati dengan sikap mereka tetapi kita hanyalah seorang manusia. Perubahan terhadap diri kita hanya mampu diubah oleh diri kita sendiri. Tiada siapa yang mampu mengubah diri kita jika bukan diri kita sendiri. Fikirkanlah...Jadilah seorang yang berguna....


" TIADA SIAPA YANG MAMPU MENGUBAH DIRI KITA, JIKA BUKAN DIRI KITA SENDIRI"

No comments:

Post a Comment