Nuffnang Ads

Thursday, September 5, 2013

THE WEDDING BREAKER...

Hai...hari ni Izra nak sahare 1 novel....The wedding breaker by Evelyn Rose.

Hobi Izra adalah membaca novel. Actually Izra baru je berjinak-jinak dengan novel ni. Dulu Izra tak suka sangat membaca. Paling Izra tak suka adalah dengan membaca. Time study pun Izra lebih suka kepada practical. Belajar melalui persekitaran. Sebenarnya perkara paling seronok adalah dengan belajar. Belajar dari buku dan mengaplikasikannya dalam kehidupan. Barulah ilmu yang kita perolehi ada gunanya.

Macam baca novel. Memang orang kata baca novel ni bukan satu perkara yang bagus. Bukan apa nanti orang cakap hidup dalam novel.Novel satu cerita yang diperoleh daripada pengalaman hidup seseorang. Bila baca memang nampak tidak realistik. Cerita memang rekaan semata-mata tapi banyak manfaatnya. Izra ambil masa untuk baca novel ni dalam masa 2 hari je. Cerita ni memang seronok. Happy. Tapi tak sesuai dibaca oleh remaja.

 The wedding breaker mengisahkan seorang gadis bernama Ariana Rose yang sanggup memalukan diri sendiri demi membalas budi rakannya bernama Juwita. Juwita yang menyelamatkan nyawanya. Bagi Ariana, budi dibalas budi. Perkahwinan Juwita dan Adam terhenti disebabkan Ariana tetapi permulaan hidup bagi Ariana Rose.

 Penulis juga banyak berkongsi hadis-hadis yang mengingatkan manusia supaya sentiasa bersyukur dan sentiasa tabah dalam kehidupan. Tidak berputus asa dan sentiasa mencari keredhaannya.

Selain itu, The wedding breaker banyak menceritakan tentang kehidupan dalam rumahtangga. Memang sweet kalau kita dapat seorang lelaki yang boleh mengimamkan kita dan boleh membimbing kita. Banyak info yang penulis kongsikan dalam cerita ini.

Ayat-ayat yang Izra paling suka dalam novel ni

" When we believe HIM , we put all our trust in HIM and HE will never disappoint us as HE is the best planner after all"

Ayat ni mengingatkan kitra supaya sentiasa percaya akan Qada' Qadar yang telah Allah tentukan. Setiap apa yang diberikan kepada kita ada hikmahnya.

" we lost in dire need until one day we can't differentiate either it is a need or desire"

Sebagai manusia kita perlu tahu keperluan dan keinginan. Dulu semasa zaman batu, manusia hidup memburu dan sentiasa ada masa untuk keluarga tetapi kini manusia lebih kepada mengejar harta kekayaan. Sebagai manusia kita perlu membezakan mana keperluan dan keinginan. Kini Keinginan sudah menjadi keperluan kepada manusia. Anak dan keluarga terabai dalam mengejar harta.

" Harta membawa kebaikan bila ia dijadikan alat dan membawa kemudaratan bila ia dijadikan matlamat"

Dalam kehidupan sekarang kita dapat lihat manusia semakin lupa akan tanggungjawab mereka sebagai khalifah. Mencari harta demi populariti dan kedudukan. Bila ada harta lupa kepada yang miskin. Gunakanlah rezeki yang Allah bagi kearah kebaikan. Jangan jadikan harta hanya kerana inginkan kehormatan dari orang lain. Bila harta dijadikan satu matlamat, manusia semakin lalai dengan tanggungjawab mereka. Manusia berlumba-lumba demi mencari kekayaan. Semakin takbur dan sombong. Tapi dalam novel ini dapat menceritakan tentang Adam yang leka dengan duniawi dan sedar tanggungjawab sebagai khalifah dengan mengubah perniagaan syarikat ke arah Islamik. Kan sweet kalau kebanyakan syarikat begini. Mengadakan bacaan yasin setiap hari Jumaat dan solat berjemaah. Sweet kan kalau kita dapat rasa macam tu. Segala stress juga dapat dikurangkan.

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah SWT mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui...."

(Surah Al-Baqarah = 216)

Sebagai hamba Allah kita tak mengetahui apa yang telah dirancang. Tidak semua yang kita suka adalah yang terbaik. Belajar untuk redha. Seperti di dalam novel ini di mana Ariana tidak mengetahui siapa tunangnya sebenar sedangkan Adam orang yang dibenci merupakan bakal suaminya. Bayangkan, Ariana membenci Adam tetapi Allah mengurniakan Adam sebagai jodoh yang terbaik buatnya.

So kepada yang suka membaca novel, Izra memang dapat simpulkan yang novel ini memang best... Banyak info yang kita boleh perolehi.
Selamat mebaca...

" when we believe in HIM, we put all over trust in HIM and HE will never disappoint us as HE is the best planner after all"



No comments:

Post a Comment