Nuffnang Ads

Friday, September 20, 2013

RINDU AWAK 200%

Hari ini Izra telah habis membaca 1 buah buku novel yang bertajuk RINDU AWAK 200%. Buku ini terbitan alaf21. Jalan cerita memang menarik cuma pengolahan ayat yang meleret menyebabkan Izra menjadi bosan untuk membaca. Tapi alhamdulillah Izra tetap habiskan juga untuk membaca sebab tak rugi pun. Banyak juga yang Izra dapat dari novel ini dan pengakhiran cerita yang menarik.


Novel ini mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri yang berkahwin atas dasar keluarga. Kerana kecewa Armel menerima Zill Faezul sebagai suami. Zill pula menerima Armel setelah mendapat petunjuk daripada Allah melalu solat istikharah.

Tidak semestinya perkahwinan atas dasar aturan keluarga tidak bahagia. Pendekatan positif akan memberikan kesan yang baik dalam kehidupan.

Ada satu lagi yang Izra suka dalam novel ini. Nasihat Zill kepada Armel:

 " carilah kerja yang kita suka. Bila kita suka kita akan rasa happy untuk bekerja walaupun penat dan banyak kerja. Kemudian barulah kita fikir keperluan kita."

Maksudnya dekat sini, Zill nak Armel pilih kerja yang dia betul-betul suka. Kalau suka kita akan rasa bahagia untuk bekerja. Walaupun tugasan yang diberikan itu banyak dan memenatkan tapi rasa happy untuk bekerja itu ada. Selepas itu baru kita fikirkan tentang gaji. Berbaloi tak dengan kehidupan kita. Walaupun gaji tak banyak tapi hati bahagia dan cukup untuk keperluan kita barulah kita rasa berbaloi tetapi jika tidak cukup untuk keperluan barulah fikir cari kerja lain.

Sinopsis novel :

Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! 

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

Have fun and enjoy the story.......


No comments:

Post a Comment