Nuffnang Ads
Thursday, October 17, 2013
HIDUP SEPERTI PEREKA FESYEN
Assalamualaikum... hari ini Izra nak kongsi tentang satu perumpamaan hidup ni. Izra dapat lepas tengok satu cerita korea. Bagi Izra perumpamaan ini memang bagus. Izra tidaklah fanatik sangat dengan cerita korea cuma sekadar minat sahaja. Setiap cerita banyak pengajaran yang kita dapat dan bukan sekadar untuk keseronokan sahaja. Samalah seperti membaca buku. Kuantiti buku tidak menentukan seseorang itu mampu jadi bijak. Jika membaca tanpa mengaplikasikan dalam kehidupan tidak berguna. Betul tak? Samalah seperti jika kita menonton drama tanpa ambil apa-apa teladan. Hanya keseronokan yang kita perolehi tapi tidak mempunyai apa-apa perubahan dalam kehidupan.
Bagi Izra pereka fesyen memang nampak pengaruhnya dalam masa sekarang. Semuanya berubah disebabkan pereka fesyen. Kenapa Izra cakap macam ni? Sebab cuba anda semua lihat tentang keadaan masyarakat sekarang. Mereka akan memastikan pakaian mereka sesuai dengan tempat dan masa. Jika pereka fesyen tidak peka dengan keadaan ini, maka tidaklah terciptanya pelbagai fesyen. Pereka tidak semestinya yang terkenal. Boleh jadi juga tukang jahit yang biasa kita lihat. Betul tak?
So bagi Izra hidup umpama pereka fesyen. Cuba sesuatu yang baru. Cari kelebihan diri sendiri dan berani untuk cuba sesuatu yang baru. Barulah hidup ada kemajuan. Jangan jadi seperti pengikut fesyen sahaja. Memang bagus jadi pengikut fesyen tapi kita tak akan peroleh apa-apa. Dari pengikut cuba jadi pereka fesyen pula. Tengok kehidupan luar. Manusia kadang-kadang tidak nampak keindahan sebenar dari luar dan dari persekitaran. Pereka fesyen sentiasa peka dengan perubahan luar maka terciptalah fesyen terbaru. Mereka juga tidak hanya tengok pada fesyen terkini. Mereka sentiasa berfikir kebelakang dan kehadapan. Fesyen zaman retro digabungkan dengan terkini dan disesuaikan dengan keadaan sekarang.
Begitu juga dengan kehidupan kita. Sentiasa berfikir kehadapan. Berfikir untuk maju tetapi bila sudah maju sedikit jangan lupa pada orang di bawah. Kita perlu sentiasa ada kesedaran diri. Siapa diri kita sebelum ini. Sebelum senang mesti ada susahnya. Jika tidak, segala sifat mahmudah senang dilupakan. Kita akan jadi bongkak dan sombong. Jika kita hidup seperti pereka fesyen, kita akan menghargai pada masa lalu. Kita menghargai setiap perubahan fesyen. Begitu juga dengan kehidupan. Jika dah jadi senang jangan lupa pada orang lain. Tanpa mereka maka tiada perubahan juga.
Dari pereka fesyen maka wujud pengikut fesyen. Masyarakat akan mengikut peredaran fesyen. Pereka fesyen berani untuk mereka pelbagai fesyen. So kita tidak perlu takut untuk berubah untuk jadi berani. Berani mencuba perkara baru dan jangan jadikan tiada pengetahuan sebagai alasan untuk mencuba sesuatu yang baru. Lakukan perubahan untuk diri anda.
" Hiduplah seperti pereka fesyen yang sentiasa peka dengan persekitaran dan perubahan sekeliling dan jangan hanya jadi pengikut fesyen yang hanya mengikut perubahan. Berani untuk melakukan sebarang perubahan dan kemajuan dalam hidup......"
Sunday, October 6, 2013
BUDAYA
Ada yang berpendapat budaya sekarang berbeza daripada dahulu. Memang betul tapi yang berbeza adalah pandangan dan pendapat masing-masing. Ada yang mempersoalkan tentang kewujudan dan logik budaya tersebut dengan peredaran zaman. Sebenarnya itu terpulang pada pendapat individu itu tersendiri. Ada yang baik dan ada yang melanggar syariah tetapi kita sebagai manusia yang ada pelajaran sepatutnya kita boleh fikir sendiri. Ambil apa yang baik dan buang apa yang tidak baik.
Pakaian masih sopan |
Psy yang terkenal dengan Gangnam Style |
Jika kerana fesyen mereka menyalahkan K-pop bagi Izra itu semua tidak adil. Sedangkan budaya barat yang banyak mempengaruhi manusia sekarang. Kenapa mereka tidak salahkan budaya barat. Bagi remaja melayu mereka sendiri hampir lupa diri. Bagi Izra pakaian atau fesyen tidak penting. Yang penting adalah diri individu itu sendiri. Tidak salah berpakaian seperti artis korea asal tidak lupa diri. Ini ada sesetengah remaja berpakaian dah sopan tapi sebenarnya hipokrit. Itu bagi Izra lagi tidak bagus.
Pakaian masyarakat Malaysia - tradisional |
Jangan jadi hipokrit. Berpakaian sopan sudah baik tapi peliharalah akhlak kita. Jaga tingkah laku kita. Tak salah untuk mengikut peredaran zaman tapi perlulah sentiasa jaga peribadi. Jangan salahkan pengaruh luar jika diri kita tidak kuat. Ibu bapa juga kadang kala terpengaruh dengan keadaan luar.
Bagi diri Izra, Izra memang minat pada music K-pop. Tapi Izra bukanlah fanatik sangat. Izra minat dengan K-pop kerana tarian k-pop itu sendiri. Izra seorang gadis bertudung tapi tak salah untuk minat. Family Izra pun minat tapi kami tidak pernah pun menyalahkan music k-pop. Bagi Izra music adalah salah satu cara untuk melepaskan stress. So sebagai manusia kita kena fikir apa yang baik dan apa yang buruk. Jika hati kita kuat, tiada siapa yang boleh mengubah jika tidak kita.
Adab makan |
So, last sekali Izra nak tekankan kat sini setiap budaya yang ada mesti ada rasionalnya. Sebagai manusia kita sendiri perlu tahu apa yang kita lakukan. Jangan salahkan sesiapa kerana setiap perbuatan yang kita lakukan adalah atas kehendak sendiri. Setiap budaya ada baik buruknya. Ikut yang baik dan jadikan pengajaran apa yang tidak baik.
"jika kita teguh pada diri, tiada apa yang mampu mengubah kita"
Thursday, October 3, 2013
MAJLIS KERAMAIAN
Assalamualaikum... Lama rasanya Izra tak update blog. Bukan apa sebab Izra memang sibuk minggu ni. Mood nak share pun kurang. Tapi hari ni Izra nak share tentang majlis keramaian seperti kenduri ataupun majlis perkahwinan. Jika di kampung memang ini lah yang menjadikan masyarakat sentiasa bersatu padu. Di sini kita dapat lihat mereka bergotong royang dalam menjayakan majlis.
Teringat Izra masa kecil-kecil. Izra cukup suka bila arwah nenek Izra cakap pasal kenduri. Tak kiralah majlis perkahwinan ataupun majlis tahlil. Kenduri jadi kegemaran Izra. Tapi bila dah dewasa kendurilah yang merimaskan Izra. Izra makin jarang pergi kenduri ataupun sebarang majlis. Bukan disebabkan tidak mahu tetapi kekangan kerja. Masa tidak kene dengan waktu.
Sebenarnya bagus jika ada majlis keramaian. Di sinilah sanak saudara akan berkumpul. Mengeratkan lagi silaturahim. Tapi Izra paling tak suka disebalik mengeratkan silaturrahim ada pula yang menjadikan sebagai tempat untuk mengumpat. Izra paling tak suka dengar. Dengan pahala yang kurang nak ditambah dengan perkara yang tidak elok.
Kini dah menjadi trend. Bila stary majlis, mak cik-mak cik juga start buka cerita. bagus ke begini? Bagi Izra tidak bagus. Sepatutnya kita share perkara yang baik-baik. Kadang-kadang orang yang sedap mengata orang lupa pasal keadaan diri sendiri dek kerana sibuk menjaga tepi kain orang.
Itu bila cerita pasal majlis di kampung. Izra nak cerita sikit mengenai majlis di bandar pula. Dulu Izra kerja di bahagian dalam pejabat tetapi kini Izra ditukarkan ke bahagian pemasaran. Izra memang suka bahagian pemasaran sebab Izra suka bercakap. Suka bekerja dengan orang. Memang seronok. Izra banyak berjumpa dengan orang diluar. Pemikiran juga semakin berkembang dan banyak manfaat.
Berbeza dengan majlis di kampung. Jika dikampung hanya terdapat majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, tahlil dan sebagainya. Jika di bandar, Izra terlibat dengan majlis sosial. Networking. Majlis ini memang berbeza dengan majlis perkahwinan. Di sini kita kongsi bersama apa yang syarikat kita lakukan. Masing-masing bercerita tentang kelebihan syarikat masing-masing. Ini yang Izra suka. Hanya bercakap mengenai pekerjaan dan tidak melibatkan orang lain seperti mengutuk atau bercerita mengenai orang lain.
Ini lebih bermanfaat. Tetap juga mengeratkan silaturrahim. Mereka akan kenal mengenali dan kemudian bekerjasama dalam sesuatu projek.
So apa yang Izra nak kongsikan hari ini ialah jadikan sesuatu majlis itu dengan bermanfaat. Jangan jadikan sesuatu majlis itu medan untuk kita menjaga tepi kain orang. Niat untuk ke majlis sudah bagus untuk mengeratkan silaturrahim dan tolong menolong tetapi jika dijadikan sebagai medan mengumpat, adakah itu bagus?
Fikirkanlah....
"Anda yang menetukan apa yang anda perolehi dan alami. Setiap keputusan semuanya terletak pada diri anda. Jangan salahkan orang lain disebabkan keputusan yang anda buat"

Subscribe to:
Posts (Atom)