Ada yang berpendapat budaya sekarang berbeza daripada dahulu. Memang betul tapi yang berbeza adalah pandangan dan pendapat masing-masing. Ada yang mempersoalkan tentang kewujudan dan logik budaya tersebut dengan peredaran zaman. Sebenarnya itu terpulang pada pendapat individu itu tersendiri. Ada yang baik dan ada yang melanggar syariah tetapi kita sebagai manusia yang ada pelajaran sepatutnya kita boleh fikir sendiri. Ambil apa yang baik dan buang apa yang tidak baik.
Pakaian masih sopan |
Psy yang terkenal dengan Gangnam Style |
Jika kerana fesyen mereka menyalahkan K-pop bagi Izra itu semua tidak adil. Sedangkan budaya barat yang banyak mempengaruhi manusia sekarang. Kenapa mereka tidak salahkan budaya barat. Bagi remaja melayu mereka sendiri hampir lupa diri. Bagi Izra pakaian atau fesyen tidak penting. Yang penting adalah diri individu itu sendiri. Tidak salah berpakaian seperti artis korea asal tidak lupa diri. Ini ada sesetengah remaja berpakaian dah sopan tapi sebenarnya hipokrit. Itu bagi Izra lagi tidak bagus.
Pakaian masyarakat Malaysia - tradisional |
Jangan jadi hipokrit. Berpakaian sopan sudah baik tapi peliharalah akhlak kita. Jaga tingkah laku kita. Tak salah untuk mengikut peredaran zaman tapi perlulah sentiasa jaga peribadi. Jangan salahkan pengaruh luar jika diri kita tidak kuat. Ibu bapa juga kadang kala terpengaruh dengan keadaan luar.
Bagi diri Izra, Izra memang minat pada music K-pop. Tapi Izra bukanlah fanatik sangat. Izra minat dengan K-pop kerana tarian k-pop itu sendiri. Izra seorang gadis bertudung tapi tak salah untuk minat. Family Izra pun minat tapi kami tidak pernah pun menyalahkan music k-pop. Bagi Izra music adalah salah satu cara untuk melepaskan stress. So sebagai manusia kita kena fikir apa yang baik dan apa yang buruk. Jika hati kita kuat, tiada siapa yang boleh mengubah jika tidak kita.
Adab makan |
So, last sekali Izra nak tekankan kat sini setiap budaya yang ada mesti ada rasionalnya. Sebagai manusia kita sendiri perlu tahu apa yang kita lakukan. Jangan salahkan sesiapa kerana setiap perbuatan yang kita lakukan adalah atas kehendak sendiri. Setiap budaya ada baik buruknya. Ikut yang baik dan jadikan pengajaran apa yang tidak baik.
"jika kita teguh pada diri, tiada apa yang mampu mengubah kita"
No comments:
Post a Comment