Nuffnang Ads

Tuesday, November 12, 2013

HORMAT MENGHORMATI

Assalamualaikum....Apa khabar semua? Hari ni Izra nak cerita tentang hormat pada orang lain. Izra bukan apa, Izra lihat ramai orang sekarang sudah mula lupa diri. Lupa pada siapa kita. Hanya pandai mementingkan diri.

Kenapa keadaan begini berlaku? Mungkin mereka fikir mereka lebih tinggi pangkat dan bangga pada diri mereka. Pangkat besar, riak atau bangga mula menguasai diri. Kita patut jaga batas kuasa kita. Tapi kini tidak lagi. rasa hormat pada orang lain hilang. Yang ada hanyalah rasa bangga diri. Patutkah begitu? Seburuk mana orang itu kita perlu hormat. Barulah orang akan hormat kita balik.

Bila dapat bos garang, kita akan mula takut. Tapi dari takut akan sentiasa ada rasa hormat. Bos tegas, staff akan sentiasa rasa ada jurang antara mereka. Staff bawahan akan sedar akan kedudukan mereka. Bukan hanya kita orang bawahan perlu hormat pada orang atasan tapi orang atasan juga mesti perlu ada rasa hormat pada orang bawahan.

Bila dapat bos baik hati atau sopan, staff pula mula mengambil kesempatan dia atas kebaikan bos. Di mana perasaan hormat kita terhadap mereka? Kita sepatutnya beruntung dengan apa yang kita perolehi. Belajar bersyukur. Tiada bos yang mahu syarikat mengalami kerugian. Kita perlu hormat keputusan bos dan juga hormat kuasa yang telah bos berikan kepada kita.

Izra betul-betul rasa kecewa dengan sikap sesetengah pekerja yang tidak tahu bersyukur. Mereka lupa diri mereka hanya kerana memikirkan hak mereka. Tidak salah jika ingin mempertahankan hak sebagai pekerja tapi kita perlu buat dengan cara yang betul. Hormat orang lain jika kita ingin orang lain menghormati kita.

Lagi satu, dalam bergurau kadangkala kita perlu fikir apa yang kita ingin perkatakan. Jaga tutur kata. Memang tak salah ingin bergurau tapi kita perlu jaga batasan bergurau.Jangan disebabkan gurauan, orang lain hilang rasa hormat kepada kita.

Hormat menghormati penting. Kita perlu tahu batasan kita. jaga pergaulan kita. Kalau kita nak orang hormat kita, kita perlu belajar cara menghormati orang lain. Fikirlah.

No comments:

Post a Comment