Salam semua…. Sepanjang weekend Izra habiskan masa
dengan membaca novel. Sekarang ni masa Izra agak limited untuk membaca. Dulu
setiap hari Izra akan spend masa untuk membaca novel. Weekend ni Izra dapat
habiskan dua buah novel. Alhamdulillah. Banyak lagi novel yang Izra belum baca.
Hari Izra nak share tentang satu novel ni tajuknya
“selagi aku masih ada”. Apa yang menarik hati Izra untuk membaca novel ni
adalah inti cerita ini. Novel ini mengisahkan Aween yang kehilangan seorang
ibu disebabkan barah pangkal rahim dan juga ketabahan Aween dalam menghadapi
hidup sebagai isteri dan juga bakal ibu yang menempuhi dugaan di mana dia
disahkan mengidap barah pangkal rahim semasa mengandungkan anak sulungnya.
Ketabahan hidup Aween di mana sanggup berjuang demi
anak yang dikandungnya. Ini yang menarik hati Izra untuk membacanya.
Selain itu, ada lagi yang menarik Izra untuk terus
membaca. Soalan ini Izra selalu tanya kepada kawan-kawan Izra. Soalannya
seperti di bawah :
“Jika suatu hari nanti isteri anda bersalin dan
menghadapi masalah, doktor beri pilihan kepada anda, antara ibu dan anak, mana
satu yang anda akan pilih?
Jawapan yang Izra peroleh hasil daripada pertanyaan
Izra kepada kawan-kawan Izra adalah anak. Izra ada tanya lagi kepada mereka
kenapa mereka memilih anak?
Bagi rakan lelaki mereka memilih anak kerana bagi
mereka peluang untuk menjadi seorang bapa bukanlah selalu ada. Jadi mereka
lebih rela menyelamatkan anak. Jika isteri mereka terkorban, mereka masih
berpeluang untuk mencari seorang isteri lagi. Maaflah kalau jawapan ini
mengecewakan kaum Hawa. Ini adalah hasil yang Izra dapat daripada rakan-rakan
Izra. Jawapan jujur mereka kepada Izra.
Bagi rakan perempuan, mereka juga memilih untuk
menyelamatkan anak mereka kerana naluri seorang ibu. Naluri seorang ibu akan
sedaya upaya melindungi anak-anak mereka. Mereka tidak mahu anak mereka cedera. Seboleh-bolehnya mereka lebih rela jika sakit yang anak mereka tanggung diberikan kepada mereka.Betul tak?
Novel ini mengisahkan dugaan yang dihadapi oleh Aween
yang bertarung hidup untuk anaknya.
Doktor yang merawat Aween ada menerangkan tentang situasi ini.
Sebenarnya ada dua pendapat mengenai situasi ini iaitu pandangan Kristian dan
pandangan Islam. Menarikkan. Barulah Izra tahu sebenarnya ini ada kena mengena
dengan pandangan agama dan bukannya hanya pendapat manusia sendiri.
Bagi pandangan Kristian, Antara ibu dan anak manakah
yang paling penting? Jawapannya adalah ANAK. Kenapa orang yang beragama
Kristian akan menyelamatkan nyawa anak? Ini kerana dalam ajaran Kristian,
setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa. Dosa itu dikenali sebagai “Dosa
asal” atau “Dosa waris”. Mereka percaya bahawa manusia yang lahir sudah
menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa, Untuk menebusnya, dia harus mengikuti
seorang penyelamat iaitu penebus dosa seperti paderi.
Setelah anak lahir akan berkesempatan untuk
dibaptiskan iaitu tujuan untuk menebus dosa. Jika anak itu meninggal dunia sebelum dibaptiskan maka anak itu akan masuk neraka.
Manakala pandangan Islam pula berbeza. Bagi pandangan
Islam, mereka akan menyelamatkan nyawa ibu terlebih dahulu. Ini kerana setiap
manusia yang dilahirkan adalah bersih dan suci. Bayi yang meninggal dunia
selepas dilahirkan akan ditempatkan di dalam syurga. Dengan menyelamatkan ibu,
inshaa Allah apabila ibu kembali sihat akan ada peluang untuk mengandung lagi.
Setelah lama bermain dengan soalan ini barulah Izra
tahu pandangan dari aspek agama. Bukan senang untuk membuat keputusan ini jika
kita berada dalam situasi begini. Bukan sahaja melibatkan pandangan kita sebagai manusia tetapi turut melibatkan pandangan agama.
Banyak lagi novel yang bagus untuk Izra kongsi. Membaca novel bukan hanya sekadar hobi tapi banyak manfaatnya juga.
“ So hargailah setiap nyawa yang ada. Jangan
sia-siakan nyawa yang ALLAH beri kepada kita. Manfaatkan dengan perkara yang kebaikan”
No comments:
Post a Comment