
Bagi Izra pereka fesyen memang nampak pengaruhnya dalam masa sekarang. Semuanya berubah disebabkan pereka fesyen. Kenapa Izra cakap macam ni? Sebab cuba anda semua lihat tentang keadaan masyarakat sekarang. Mereka akan memastikan pakaian mereka sesuai dengan tempat dan masa. Jika pereka fesyen tidak peka dengan keadaan ini, maka tidaklah terciptanya pelbagai fesyen. Pereka tidak semestinya yang terkenal. Boleh jadi juga tukang jahit yang biasa kita lihat. Betul tak?
So bagi Izra hidup umpama pereka fesyen. Cuba sesuatu yang baru. Cari kelebihan diri sendiri dan berani untuk cuba sesuatu yang baru. Barulah hidup ada kemajuan. Jangan jadi seperti pengikut fesyen sahaja. Memang bagus jadi pengikut fesyen tapi kita tak akan peroleh apa-apa. Dari pengikut cuba jadi pereka fesyen pula. Tengok kehidupan luar. Manusia kadang-kadang tidak nampak keindahan sebenar dari luar dan dari persekitaran. Pereka fesyen sentiasa peka dengan perubahan luar maka terciptalah fesyen terbaru. Mereka juga tidak hanya tengok pada fesyen terkini. Mereka sentiasa berfikir kebelakang dan kehadapan. Fesyen zaman retro digabungkan dengan terkini dan disesuaikan dengan keadaan sekarang.
.jpg)
Dari pereka fesyen maka wujud pengikut fesyen. Masyarakat akan mengikut peredaran fesyen. Pereka fesyen berani untuk mereka pelbagai fesyen. So kita tidak perlu takut untuk berubah untuk jadi berani. Berani mencuba perkara baru dan jangan jadikan tiada pengetahuan sebagai alasan untuk mencuba sesuatu yang baru. Lakukan perubahan untuk diri anda.
" Hiduplah seperti pereka fesyen yang sentiasa peka dengan persekitaran dan perubahan sekeliling dan jangan hanya jadi pengikut fesyen yang hanya mengikut perubahan. Berani untuk melakukan sebarang perubahan dan kemajuan dalam hidup......"
No comments:
Post a Comment