Hari ini Izra nak cerita pasal peluang. Memang betul orang kata kalau kita tak pandai ambil peluang memang susah. Nak haranpkan apa yang kita hendak datang bergolek memang mustahil. Cari apa yang kita hendak. Hidup hanya sekali. Nikmati hidup sebaik-baiknya.
OK apa yang Izra nak cerita hari ini ialah Izra dapat cari investor untuk impian Izra. Cuma implement bukan untuk tahun ini. Izra kenalah fikir banyak strategi untuk impian Izra. Impian Izra adalah untuk membuka perniagaan sendiri. Izra rasa happy sebab diberi peluang ini.
Peluang hanya datang sekali sahaja. Bukan selalu kita diberi peluang. So sesiapa yang diberi peluang, just go on. Jangan bazirkan peluang yang ada. Izra teringat masa study dulu, Izra grab saja peluang perniagaan yang ada. Masa Izra memang padat. Dulu masa Izra study, Izra ada perniagaan photocopy, kuih-muih dan juga kiosk di Mall universiti. Masa Izra memang pack tapi disebabkan minat, sentiasa ada rasa happy.
Bayangkanlah dengan study lagi. Izra memang tak suka untuk baca buku. Izra belajar dengan menggunakan pengalaman. Kadang-kala kita sendiri tidak perasan apa yang kita aplikasikan pelajaran dalam kehidupan. Seperti belajar mengenai perniagaan. Banyak yang kita pelajari boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dengan perniagaan yang Izra jalankan Izra dapat applikasikan daripada pelajaran Izra. Belajar tidak susah kalau kita tahu applikasikan. Betul tak?

So apa yang Izra nak ceritakan bukanlah mengenai cita-cita Izra tapi mengenai usaha kita untuk mencari peluang. Jika kita minat sesuatu pastikan usaha kita berterusan. Jangan harapkan apa yang kita inginkna bergolek depan mata. Jika kita inginkan menjadi pramugari, pergi interview dan perbaiki diri kita supaya menepati criteria untuk menjadi seorang pramugari. Jika kita ingin jadi usahawan atau ahli perniagaan, pelajari bagaimana kita boleh menjadi usahawan yang berjaya dan kenali orang-orang yang berpotensi untuk menjadi pelabur dan yang paling penting networking yang baik boleh membantu dalam memberi galakan dalam perniagaan.

No comments:
Post a Comment