Hari ni Izra nak kongsi mengenai adik beradik Izra. Izra ada 5 orang adik beradik. Semuanya perempuan. Girls power la katakan..Hihihi.....Best adik beradik semua perempuan ni. Semua boleh shara. Kami adik beradik selalu share secret and story.
Izra anak sulung dari 5 beradik. Muka kami lebih kurang sama je. Tinggi pun lebih kurang je. So bila keluar sama-sama memang best. Boleh share opinion. Setiap individu mempunyai karekter yang berlainan tapi yang istimewa kami selalu sepakat. Bak kata pepatah " Sepakat membawa berkat"....hihihi
Usia kami pun x berbeza sangat. Cuma beza anak ketiga hingga ke lima tu yang agak berbeza. Beza Izra dengan adik Izra cuma 2 tahun sahaja. Yang kedua dengan ketiga, beza 3 tahun, yang ketiga dan keempat 5 tahun dan anak ke empat dengan kelima beza enam tahun. Tapi bila keluar, tak nampak jauh beza. Hihihi....
Ramai orang kata membela anak perempuan lebih susah dari anak lelaki. Tapi yang bestnye walaupun kami perempuan, kami selalu sepakat. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. So kami akan saling melengkapi antara satu sama lain. Selalunya segala story kami akan share. Mama layan kami seperti kawan. Banyak membimbing kami dalam mencari erti kehidupan.
Mama selalu mengajar kami untuk berkongsi dan hidup saling tolong- menolong. Dari kecil mama mengajar kami supaya bertanggungjawab. Setiap anak ada tanggungjawab tersendiri. So mama akan kongsi pengalaman dan sabar dalam membimbing kami. Sedikit demi sedikit kami mula dilatih. Alhamdulillah kini kami dapat menikmati kehidupan walaupun bukan kekayaan yang mama beri. Kami hargai apa yang telah diajar oleh mama.Memang banyak manfaatnya.
Sejak dari kecil mama mengajar kami erti kesusahan. Bukan kemewahan yang dicari tapi keredhaanNYA yang kita cari. Mama mengajar kami untuk berkongsi segala rezki yang ada. Bila ada diantara adik beradik yang berada dalam kesusahan, ibu mengajar kami untuk berkongsi dan tolong-menolong. "Jangan ada istilah hutang dalam adik-beradik sebab kemewahan dan duit tidak akan dibawa mati, jadi kongsilah bersama".
Memang kata-kata itu kami pegang sehingga sekarang. Apa sahaja rezki yang ada akan kami kongsi. Itulah uniknya hidup kami adik-beradik.
Izra amat bangga dengan adik-beradik Izra. Setiap seorang ada keistimewaannya. Macam Izra lebih kepada tanggungjawab sebagai seorang kakak sulung. Adik Izra pula, Sya adalah seorang yang pemurah. Kami adik beradik akan tolong menolong. Bila dalam kesusahan, kami akan sentiasa bersatu. Naz pula anak ketiga. Naz lebih kepada adik beradik. Naz lebih banyak bertindak menjaga keluarga di kampung dan adik-adik. Izra tinggal bersama Sya.Manakala Naz pula tinggal bersama keluarga di kampung.
Memang seronok dan gembira mempunyai adik beradik seperti ini. Dapat berkongsi segala-galanya. Kami juga bertuah kerana memiliki seorang ibu yang juga bertindak sebagai seorang kawan.
" Dalam keluarga tidak perlu ada istilah HUTANG...Jika wujud istilah ini, maka akan wujud jurang dalam perhubungan.."
No comments:
Post a Comment