Pernah tak anda rasa kecewa? Mesti pernah kan. Kecewa dalam perhubungan, kecewa dalam hidup....
Hari ni Izra nak kongsikan tips untuk hilangkan rasa kecewa.
1. Solat
Apabila kita kecewa, kita perlu ingat akan Tuhan kita iaitu Allah SWT. Kita perlu merendahkan diri kita dengan bersolat dan bersujud kepada ALLAH. Mengadu dengan Allah melalui doa-doa kita. InsyaAllah, Dia akan memberi jalan yang terbaik kepada kita. Setiap masalah dan persaan yang dikurniakan kepada kita ada hikmahnya. Jadi jangan jadikan perasaan tersebut sebagai alasan untuk kita melakukan perkara yang tidak diredhaiNya.
2. Mengaji
Jadikan al-Quran sebagai sahabat anda. Apabila sedih dan kecewa, bacalah al-Quran. InsyaAllah perasaan kita akan jadi tenang. Memang sukar pada mulanya untuk hilangkan perasaan tersebut tapi dengan pembacaan al-Quran, hati kita akan jadi semakin tenang. Bila fikiran kita tenang, segala jalan penyelesaian kita akan nampak.
3. Komunikasi dengan rakan.
Bila kita kecewa, jadikan rakan anda sebagai penghibur. Anda boleh luahkan perasaan anda kepada rakan yang anda percaya. Jangan sesekali anda luahkan pada orang yang salah. Manusia dijadikan tidak sempurna. So tidak mustahil rakan anda akan mengkhianati anda. Anda boleh berkomunikasi dengan rakan anda yang boleh menghiburkan anda. Seperti kongsi saat-saat gembira. Berlawak dan beramah mesra. Perkara yang boleh menggembirakan anda. Sedikit sebanyak akan mengubati rasa kecewa.
4. Positive thinking
Sentiasa fikir positif. Kalau kita fikir negatif, hidup kita tak akan ke mana. Kita sentiasa akan duduk dalam keadaan sedih dan kecewa. Tiada siapa yang dapat bantu diri kita kecuali diri kita sendiri. Fikir positif dan sentiasa fikir setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Macam kita, ada lelaki mesti ada perempuan. Ada masalah mesti ada penyelesaiannya. So sentiasa fikir positif. Kalau kita fikir negatif, tiada siapa yang dapat bantu kita. Kita akan sentiasa dalam keadaan sedih.
5. Luahkan perasaan
Luahkan perasaan kecewa anda dengan orang yang anda percaya. Lebih selamat dengan ahli keluarga anda. Kalau perlu menangis, menangis sahaja. Mungkin dengan menangis boleh melegakan diri anda. Jangan
6. Jangan berlarutan.
Cuba alihkan perhatian dengan perkara-perkara yang manis. Jangan berlarutan membawa perasaan tersebut. Kalau anda berlarutan, sampai bila-bila anda akan sentiasa hidup dengan perasaan tersebut.
7. Memaafkan
Cuba memaafkan orang yang buat anda rasa kecewa. Bila kita memaafkan seseorang, hati kita akan lebih tenang. Memang susah untuk melupakan perkara yang mereka telah lakukan kepada kita tetapi apabila kita memaafkan hati kita akan lebih tenang. Tiada apa yang kita dapat dengan perasaan tersebut. Orang yang buat kecewa akan sentiasa hidup gembira, tetapi kita? Akan sentiasa hidup dalam kecewa. Cuba anda fikirkan.
8. Cari diri anda kembali
Apabila kita kecewa, cubalah anda cari identiti diri anda sebelum ini. Bandingkan diri anda semasa kecewa. Fikirkan apa yang anda dapat dengan menangis, sedih dan kecewa. Diri anda sebelum ini? Hidup dalam suasana gembira dan sentiasa ada gelak tawa. Semangat dalam menghadapi hidup. Dari situ anda perlu cari kekuatan untuk meneruskan hidup anda.
9. Lakukan perkara yang anda gemari
Cari aktiviti yang boleh mengembalikan kegembiraan diri sendiri. Jika dengan melancong boleh memberi ketenangan, then lakukannya.
10. Bersyukur
Latih diri sentiasa bersyukur. Hidup dengan bersyukur insyaAllah kita akan sentiasa fikir positif. Apa yang terjadi ada hikmahnya. Percaya dengan Qada' dan Qadar. Kita akan lebih bersyukur.
Jangan jadikan emosi sebagai alasan untuk anda berhenti berjalan. Teruskan hidup anda.....
No comments:
Post a Comment