Masa sekolah rendah cita-cita saya nak jadi cikgu. Tengok cikgu mengajar macam best je. Semangat tu bila fikir nak jadi cikgu. Kongsi ilmu dengan anak murid. Banyak yang menarik tentang guru ni. Guru lah yang mendidik kita kan sampai kita dewasa selain dari ibu bapa kita. Peranan guru ni besar. Bukan setakat bekerja untuk menampung hidup.
Bila masuk sekolah menengah pula berubah. Nak jadi nurse. Sebab tu bila lepas PMR saya ambil kelas Sains Tulen. Yang paling best belajar subjek Biology. Memang minat. Tapi disebabkan takut tengok nurse nak bagi suntikan, saya cancel cita-cita tu (Boleh plak kan cancel cita-cita..hihihi)
Saya dapat tawaran masuk universiti dan tingkatan 6. Masa tu memang pening sikit la nak buat keputusan. Last-last pilih masuk tingkatan 6. Best gak la masa tu. Terasa jugak la masa tu. Kawan-kawan masuk U tapi saya pilih tingkatan 6. Tapi dalam diri saya tak pernah ada perkataan penyesalan. So teruskan juga. Masa tingkatan 6 saya ambil kelas perdagangan. Yang paling best ada seorang guru yang mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan menarik minat dalam perniagaan. Memang best.
Keputusan yang saya buat memang tak salah. Saya dapat tawaran masuk UUM. Banyak perkara yang menarik. Dekat sana saya ada perniagaan. Buat perniagaan sendiri. Memang bestla. Kat bilik saya buat kuih dan nasi lemak. Masak sendiri dan jual. Yang tu saya lakukan pada sebelah petang. Pagi pula saya gunakan masa untuk hadir ke kelas. Biasanya jadual waktu kelas saya akan atur dari jam9 pagi sampai 2 petang je tak pun biasa time petang dari jam2-3.30 je. Memang banyak masa. Kalau tak ada kelas pagi saya akan gunakan waktu tu untuk buka kedai di mall UUM. Saya ada buka kedai ala-ala 1901. So bila tengahari sikit mula bersiap untuk ke kelas.
Hidayah |
Saya semasa konvokesyen |
Juadah yang kami masak... |
Rakan-rakan sekolej |
Waktu saya semasa study di U memang saya gunakan sepenuhnya. Saya dan hidayah sentiasa mencari peluang perniagaan. Bukan setakat menjual kuih-muih dan makanan kami juga mencari barang makanan ringan untuk dijual. Tau-tau sajalah kan bila time dekat U, malam-malam mesti lapar. So mesti akan cari makanan la. Kami nampak peluang tersebut, then start jual makanan ringan pulak macam gula-gula dan keropok. Kami beli dekat kedai borong dan repacking balik. Walaupun tak banyak keuntungan tapi kami rasa seronok.
Rakan sekolej semasa di UUM serta pelanggan kami |
Lumayan kan. Pagi saya gunakan untuk hadir ke kelas atau membuka kedai di mall UUM. Petang dalam Jam2 saya dan hidayah start masak untuk jual makanan. Habis memasak, saya mula bersiap untuk ke Mall UUM semula untuk menjual sosej Hotbites sampailah jam10malam sementara Hidayah menjaga perniagaan printing kami. Setelah siap tutup kedai, saya ambil alih printing pula. Biasanya printing habis kadang-kadang sehingga jam 2 pagi. Maklumla masing-masing bertungkus-lumus menyiapkan assignment. Memang laku lah.
Sehingga sekarang ni saya kerja sebagai business development executive di sebuah syarikat kejuruteraan. Memang tak sangka la. Dari pengalaman saya mengajar saya bagaimana untuk mengharungi kehidupan. Yang paling membaggakan, Syarikat sekarang ini hasil kerjasama saya dengan majikan unutk prosess setup.
Untuk mengharungi hidup ini bukan lah susah sangat. memang banyak cabaran. Tapi bagi yang minat kepada cabaran memang tidak ada masalah untuk mengharungi. Setiap masalan mesti ada jalan penyelesaiannya. So tak ada yang mustahil. Dalam diri saya, saya selalu pegang pada pendirian hidup saya iaitu " Jika ada masalah mesti ada jalan penyelesaiannya", " sentiasa jadikan pengalaman sebagai semangat untuk kita berjaya". " ambil iktibar dari setiap apa yang kita lihat".
"Dalam hidup ini tiada yang mustahil untuk dicapai...Asalkan ada usaha dan keyakinan semua itu mudah dicapai"
Vint Ceramic Art | TITNIA & TECHNOLOGY
ReplyDeleteExplore wooricasinos.info an all new “Vint Ceramic https://octcasino.com/ Art” project on TITNIA & TECHNOLOGY. Our nba매니아 team deccasino of sculptors ford fusion titanium and artists have created new and