Nuffnang Ads
Wednesday, July 17, 2013
PUASA
Hari ni masuk hari ke sembilan umat Islam berpuasa. Sekejap je rasanya dah masuk minggu kedua puasa. Semakin hari umur pun semakin meningkat. Tahap kesihatan pun semakin hari semakin kurang. Di sini la mulanya cabaran bagi umat Islam. Bukan susah nak puasa dan bukan senang nak hadapi cabaran berpuasa.
Teringat waktu kecil-kecik dulu masa start mula berpuasa. Mama dah start ajar anak-anak berpuasa dari umur 4 tahun lagi. Sikit demi sedikit. Arwah nenek pula siap bagi motivation lagi. Setiap hari kalau puasa penuh 1hari dia akan membawa saya ke bazar ramadhan. Itulah yang paling best sekali. Setiap kali balik dari sekolah tadika, nenek akan tidurkan saya dulu sebab nak elakkan saya dari berbuka puasa. Petang pula tepat jam 4 petang dia sudah mula mengajak saya pergi ke bazar ramadhan. Itu lah yang paling best sekali. Kenangan terindah.
Kini semua tinggal kenangan. Umur pun dah semakin meningkat....hihih
Walaupun tinggal kenangan, inilah masanya kita merenung kembali. Sepatutnya manusia sentiasa berubah kepada kebaikan. Masa inilah kita perlu menilai diri kita. Kebanyakan masa kini semua hidup ikut perubahan fesyen. Kata orang kalau tak ikut fesyen outdated la pula. Betul tak? hihihi
Inilah cabaran bagi umat Islam sekarang ni. Ada yang bertudung litup tak tentu perangai baik. Ada yang free hair dan tak jaga pakaian tak tentu lagi jahat. Semua ni hipokrit semata-mata. Di bulan mulia inilah sepatutnya manusia merenung kembali diri mereka. Nak kata saya ni jenis mengikut syariat tak la. Saya pun cuma perempuan biasa. Cuma apa yang saya lihat sekarang ini manusia semakin hipokrit. Saya bukan menilai manusia melalui pakaian tapi sepatutnya pakaian melambangkan peribadi. Jadi sebagai seorang perempuan saya tak nak lelaki memandang kita sebegitu.
Di laman facebook saya lihat ramai yang update status seperti diri mereka baik. Tetapi dalam hidup realiti sebenarnya tak sama. Betul kata Dr Prof Muhaya " orang yang selalu update facebook yang seperti menunjukkan dirinya seorang yang baik belum tentu lagi baik. Tetapi mungkin sebaliknya" Jadi renung-renungkanlah.
Saya berani cakap macam ni bukan apa sebab saya pernah menegenali seseorang di facebook. Bukan seorang dua tapi ramai. Selalu update yang baik-baik. Bak kata orang lebih mengarah kebaikan tapi apabila sudah mengenali dirinya ternyata salah. Pakaian memang macam ustazah tapi perangai nauzubillah. Tak kahwin tapi tinggal satu rumah dengan lelaki. Tak pernah tinggal sarung tangan dan pakai stokin tapi bila dia buat macam tu ada siapa yang nak ikut apa yang dikata? Untuk orang hormati kita jadilah diri kita sendiri tak perlulah hidup dalam topeng.
Sempena bulan mulia ini diharap semua umat Islam mulalah perbaiki diri kita. Jadilah diri kita sendiri. Tak perlulah jadi manusia bertopeng. Satu lagi, untuk kaum wanita, hentikanlah sikap selalu ambil kisah mengenai orang lain. Tak salah untuk berkawan dan mengambil berat satu sama lain tapi perlulah jaga mulut juga.
Puasa bukan setakat tahan lapar dan dahaga tapi juga kene puasa segalanya. Jaga mata. Lihatlah perkara kebaikan. Jaga telinga dari mendengar perkara keburukan. Jaga kaki dari pergi ke tempat yang tidak diredhai. Jaga tangan dari melalukan perkara yang boleh menjerumus ke jalan yang salah dan jaga mulut dari mengeluarkan perkara yang tidak elok. Ingat tu...puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi kenalah menjaga kesemua aspek barulah manusia mula menghormati kita dan mendapat pahala.
Kepada semua umat Islam saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan taqwa.
Saya minta maaf kepada sesiapa yang tidak bersetuju dengan apa yang saya kongsikan hari ini. Saya cuma ingin berkongsi pengalaman saya sahaja. Semua yang saya kongsikan hari ini adalah berdasarkan pengalaman. Kepada kaum adam janganlah menilai manusia melalui pakaian sahaja. Kenali peribadi dan diri seseorang sebelum menilai sebegitu.
"Don't Judge a book by it's cover"
Labels:
MYSELF
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment