Nami Island |
Memang best dekat sana. Macam-macam kita dapat tengok. Alhamdulillah baru 2 tahun join dapat pergi banyak tempat. Tahun ni winter trip. Next year mungkin summer trip pulak. Memang pengalaman yang tak dapt dilupakan. First time main dengan salji. Suhu pula paling sejuk sehingga mencecah minus 12 darjah celcius. Sejuk betul tapi best.
Yang special dekat sana ialah buah strawberry. Memang rasa manis. Buah strawberry paling sedap adalah pada musim sejuk. Dekat sana ada pemandu pelancong yang akan guide kita. Tapi yang betul-betul rasa bangga dekat bahasa kita. Orang korea mampu menggunakan bahasa kita. Itu yang bagusnya. Nak tau sebabnya? Sebab dekat sana ramai pelancong dan peniaga yang asalnya dari Indonesia. So orang korea mula belajar dan berbahasa Indonesia dan Malaysia. Tak perlulah kita risau jika hendak ke sana. Memang membanggakan. Orang asing sendiri berbahasa melayu - indonesia. Bangga kan....
Pelbagai jenis Kimchi |
Makanan pulak tak susah nak cari yang halal. Pergi saja ke pasar Nam Dae Mun. Dekat sana memang banyak makanan halal. Yang paling bagus, pemandu pelancong yang di lantik memahami tentang agama Islam. Setiap kali kami ingin membeli makanan untuk dibawa pulang ke Malaysia sebagai cenderahati, dia akan memberitahu dahulu kandungan makanan tersebut. Itu yang bagus untuk rakyat Malaysia. tiada halangan untuk melancong.
Selain itu, tahu tak di Korea ada sebuah masjid. Masjid tersebut adalah masjid pertama di sana. Masjid tersebut adalah hasil sumbangan daripada perdana menteri kita yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman. Memang paling membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia.
Kami juga melawat istana korea. Kini kawasan istana telah dijadikan lokasi penggambaran. Drama Jewel in the palace juga turut menjadikan istana sebagai lokasi utama penggambaran. Memang menarik dan unik persekitaran istana.
Dari kiri adalah my twins dan yang tengah adalah Michelle. |
Kimchi adalah makanan yang paling famous di sana. Rugi kalau pergi Korea tapi tak makan makanan korea. Plebagai makanan juga turut dihidangkan. Selain itu kami turut melawat tempat mejual ginseng. Pelbagai jenis ginseng dan juga fungsi kegunaan ginseng. Banyak khasiatnya. Kami juga sempat bergambar pakaian traditional korea iaitu han-bok.
Ada satu cerita menarik yang diceritakan oleh pemandu pelancong kami iaitu Michelle. Michelle ada memberi soalan kepada kami. Apakah buah yang paling mahal di Korea? Nak tau jawapannya? Jawapannya ialah buah pisang. Dia memberitahu lagi, siapa yang dapat makan buah pisang dikatakan kaya sebab dapat makan buah paling mahal.hihihi
Winter Sonata Statue at Nami Island |
Kita dekat Malaysia ni buah pisang banyak. Dah tak termakan rasanya. Yang paling lawak lagi Michelle cerita dekat kami ialah ayahnya ada beli buah pisang untuk mereka sekeluarga. Masa tu umur Michelle dalam belasan tahun lagi. Michelle siap simpan kulit pisang tu dan tunjuk kepada rakan-rakannya. Hihihihi..
Nami Island |
Selain itu, kita selalu tengok drama korea kan. Romantik and nice je ceritanya. Tapi Michelle beritahu dia tak suka tengok daram korea. Salah satu sebabnya ialah semua itu cume klise je sebab dalam reality mana ada orang kaya kahwin dengan orang miskin. Dalam reality Korea, mereka cuma akan berkahwin dengan yang setaraf dengan keluarga mereka. Yang kaya akan berkahwin dengan kaya dan yang miskin tetap akan berkahwin dengan miskin. Semua itu hanya drama sahaja.
5hari di sana memang begutu mengujakan. Suasana yang tenang ditambah lagi dengan suhu sejuk memang mendamaikan. Tidak ketinggalan juga untuk bermain ski. Walaupun kali pertama tapi memang menyeronokkan.
Tu bkn mt sorak tp korean blue house..dkt gyeongbuk palace..hehe =)
ReplyDeleteyes...I tersilap...
DeleteThe History of the Casino - One of the Most Popular Casinos
ReplyDeleteA relative newcomer to the world of online gambling, Wynn Las Vegas opened its doors to a new audience https://deccasino.com/review/merit-casino/ of over 600,000 septcasino in 2017. This was https://octcasino.com/ the first casino casinosites.one