Nuffnang Ads

Sunday, September 8, 2013

CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG


" untuk jatuh cinta tidak memerlukan masa yang lama. Cuma 1 saat diperlukan untuk jatuh cinta"


 Cuba teka dari tajuk yang Izra nak share ni. Izra nk cerita mengenai apa? Hehhehe...
Sesiapa yang kaki novel mesti tau tentang topik ini. Izra nak share tentang novel Cik Bunga dan Encik Sombong.

Novel ini memang menarik. Ceritanya nice. Mengisahkan seorang gadis, Intan Asnidar yang bekerja di kedai bunga yang menjadi bidan terjun kepada Haris. Haris merupakan CEO kepada syarikat yang besar yang menjadikan Intan Asnidar sebagai tunang bidan terjun. Memang nampak macam tak realistik dalam kehidupan tapi olahan cerita memang menarik.

Sebenarnya dalam kehidupan ini untuk mendapatkan cinta tidak perlu masa yang panjang. Cinta akan datang dalam 1 saat. Percaya atau tidak? Dalam novel ini menunjukkan masa percintaan tidak menjaminkan kebahagiaan. Walaupun Intan Asnidar bukanlah seorang gadis yang cantik tetapi tetap menjadi pilihan Haris.  Haris tidak memerlukan masa yang lama untuk jatuh cinta kepada Intan Asnidar.  Masa yang singkat tapi menjamin kebahagiaan.

Watak Intan dalam novel ini memang menarik. Intan sedaya upaya mempertahankan rumahtangganya walaupun pada permulaannya hubungan ini bermula sebagai tunang upahan. Intan seorang gadis yang sentiasa tabah dalam menghadapi segala cabaran dalam rumahtangga.

Perwatakan Haris juga menarik. Di sini penulis memberi watak yang baik untuk Haris. Kebiasaannya watak orang kaya yang dibayangkan dalam novel adalah lelaki kaya yang tidak cukup agama, kasanova dan cuba pergi ke arah yang lebih baik tetapi dalam novel ini penulis memberi watak Haris sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan beriman. Memang sebuah novel yang baik.

Selain itu, teknik penceritaan yang baik. Banyak yang ingin diketengahkan oleh penulis. Pengajaran yang banyak diketengahkan adalah mengenai " buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat".

Novel ini juga sesuai dibaca oleh remaja. Walaupun menceritakan tentang perkahwinan tetapi teknik penceritaan dan olahan yang menarik memberi impak yang bagus untuk novel ini. Penulis tidak menggunakan perkataan yang tidak sesuai untuk tatapan remaja. Tidak menyelitkan tentang hubungan perkahwinan. Memang sebuah novel yang bersih.

Kepada yang minat membaca novel, novel ini memang bagus dan tidak rugi untuk dibaca.



" Masa percintaan tidak menjamin kepada kebahagiaan sebuah rumahtangga"

No comments:

Post a Comment