Assalamualaikum…
Izra pasti semua orang selalu mengalami stress. Begitu juga
Izra. Kadang-kadang Izra berperang dengan hati untuk menghadapi sesuatu perkara
yang kita tidak suka. Bukan senang untuk atasi stress. Bercakap memang mudah
tapi untuk menghadapinya susah. Bak kata pepatah berat mata memandang berat
lagi bahu yang memikul.
Bercakap memang mudah. Nak laksanakannya tidak semudah itu.
Betul tak? Izra nak share tips untuk hilangkan stress berdasarkan pengalaman
Izra.
1)
Mendengar lagu
Bila stress selalunya fikiran kita terganggu.
Oleh itu gunakan muzik sebagai alat untuk hilangkan stress. Cuba dengar
lagu-lagu yang boleh memberi kita ketenangan jiwa. Setiap orang berlainan. Tak
sama citarasa. So ada yang dengar lagu ketuhanan untuk tenangkan jiwa da nada yang
guna lagu yang rancak untuk memberi semangat kepada kita. Bagi Izra, Izra suka
lagu yang berentak rancak. Boleh membuatkan Izra rasa lebih semangat untuk
hadapi stress. Bila jiwa tak tenang, Izra akan cuba dengar lagu berunsurkan
Ketuhanan. Ini akan memberi kita ketenangan jiwa dan Redha dengan apa yang terjadi.
2)
Menari
Cuba lakukan sesuatu aktiviti yang mampu
membuat kita melupakan sekejap stress. Biasanya Izra akan gunakan tarian untuk
hilangkan stress. Bukanlah semestinya kita mesti menari. Kadangkala Izra
menggunakan media hiburan untuk hilangkan stress. Izra memang suka dengan tarian.
Dengan tarian mampu mebuat kita lupa pada tekanan yang dihadapi. Bukan senang
untuk menari sebenarnya. Untuk menari kita perlu faham rentak tarian. Perlu
menjiwai muzik barulah tarian akan senada dengan muzik. So kita akan lupa akan
masalah yang kita hadapi. Ini akan mengurangkan tekanan pada diri kita.
3)
Muhasabah diri
Point ini paling bagus. Kita muhasabah diri
kita. Kita perlu fikir apa masalah yang kita hadapi. Kenalpasti masalah
sebenar. Bila dah tau masalah yang kita hadapi fikirkan cara untuk atasi then
sedikit demi sedikit masalah yang kita hadapi akan hilang. Contohnya stress
dalam kerja. So kita kena tahu kenapa kita stress. Jika berpunca pada kerja
kita kena fikir siapa yang salah. Jika masalah berpunca pada diri kita, kita
perlu ubah cara kita bekerja. So sedikit sebanyak masalah kita selesai.
4)
Berfikir positif
Buang fikiran negative. Kebiasaannya
apabila kita stress, unsur-unsur negative selalu mengganggu hidup kita.
Contohnya apabila menghadapi masalah pekerjaan. Kita selalu menyalahkan orang
lain jika sesuatu pekerjaan tidak dapat disiapkan dalam jangkamasa yang
ditetapkan padahal pekerjaan itu sebenarnya boleh diatasi jika kita tidak lalai
dengan masa. Pemikiran pisitif mampu membawa kita kepada perkembangan otak.
5)
Berani menghadapi
Jangan lari apabila menghadapi masalah atau
tekanan. Kita harus berani menghadapi masalah yang kita hadapi. Jangan sesekali
lari. Sebab masalah tidak akan selesai dengan lari. Masalah tetap aka nada.
Jika kita menyelesaikannya bagaimana tekanan itu akan hilang.
6)
Riadah
Riadah adalah salah satu cara yang kita boleh lakukan untuk menghilangkan stress. Pergi bersiar-siar ataupun jogging mampu memberikan kita ketenangan. Dengan pergi ke tempat yang indah mampu mempengaruhi kehidupan kita. Memberi ketenangan kepada jiwa kita. Bila jiwa tenang, tekanan hidup akan dapat dikurangkan.
No comments:
Post a Comment