Bagi Izra biasa je. Cuti Izra semalam Izra isi dengan layan drama korea online. Semlam 1 hari Izra layan cerita FULL HOUSE TAKE 2. Lakonan Hwang Jung Eum , Park Ki Woong dan No Min Woo. Kisah Master Hapkido iaitu Jang Man Ok ( Hwang Jung Eum) menjadi stylist kepada group idol Take 1 iaitu Lee Tae Ik ( No Min Woo) dan Wan Kang Hwi (Park Ki Woong).
Hubungan yang terjalin antara mereka menjadikan cerita ini menarik. Dalam daram ini banyak mengisahkan tentang kesetiaan dalam persahabatan walaupun dalam suka dan duka. Memang sweet tengok persahabatan antara Jang Man Ok dan Won Kang Hwi serta persahabatan antara Won Kang Hwi dan Lee Tae Ik.
Selain itu juga drama ini turut menyelitkan unsur ketabahan, kegigihan dan juga mengajar orang supaya tidak tamak. Ketabahan Lee Tae Ik dalam mempertahankan Full House dan juga kegigihan untuk dia berjaya dalam bidang nyanyian.
Babak di mana Jang Man Ok memilih pin rambut. |
" If people become so greedy, he will loose everything he owns"
Kita boleh ambil iktibar dari jawapan Jang Man Ok. Kita jangan terlalu tamak dalam mengejar apa yang kita inginkan. Bukan semua perkara kita boleh capai dalam satu masa. Memang tidak mustahil untuk kita capai semua matlamat tapi biarlah satu persatu. Jika kita terlalu tamak kita akan lupa akan diri kita. Contohnya, dalam marketing, bukan semua kita boleh kejar. Jika kita kejar satu persatu target kita akan pastikan jualan itu akan berjalan lancar tetapi jika kita hendak kejar semua dalam satu masa kita perlukan kigigihan yang tinggi. Jika tidak, satu persatu kita akan hilang.
Kesetian dalam persahabatan. Paras rupa tidak mengenal dalam sebuah persahabatan. Begitulah yang Izra nampak dalam cerita ini. Wajah Jang Man Ok yang pada mulanya agak melucukan dan menjadi keistimewaan dalam cerita ini.
" Sahabat yang baik akan setia di kala susah dan senang"
Izra ingin kongsikan lagu tema FULL HOUSE TAKE 2....
" If people become so greedy, he will loose everything he owns "
" A true friend will be always be our side and loyal. Even in hard time they always be there with us"
No comments:
Post a Comment