Nuffnang Ads

Monday, November 18, 2013

SELAGI AKU MASIH ADA....

Salam semua…. Sepanjang weekend Izra habiskan masa dengan membaca novel. Sekarang ni masa Izra agak limited untuk membaca. Dulu setiap hari Izra akan spend masa untuk membaca novel. Weekend ni Izra dapat habiskan dua buah novel. Alhamdulillah. Banyak lagi novel yang Izra belum baca.

          Hari Izra nak share tentang satu novel ni tajuknya “selagi aku masih ada”. Apa yang menarik hati Izra untuk membaca novel ni adalah inti cerita ini. Novel ini mengisahkan Aween yang kehilangan seorang ibu disebabkan barah pangkal rahim dan juga ketabahan Aween dalam menghadapi hidup sebagai isteri dan juga bakal ibu yang menempuhi dugaan di mana dia disahkan mengidap barah pangkal rahim semasa mengandungkan anak sulungnya.


         Ketabahan hidup Aween di mana sanggup berjuang demi anak yang dikandungnya. Ini yang menarik hati Izra untuk membacanya.

          Selain itu, ada lagi yang menarik Izra untuk terus membaca. Soalan ini Izra selalu tanya kepada kawan-kawan Izra. Soalannya seperti di bawah :

“Jika suatu hari nanti isteri anda bersalin dan menghadapi masalah, doktor beri pilihan kepada anda, antara ibu dan anak, mana satu yang anda akan pilih?

          Jawapan yang Izra peroleh hasil daripada pertanyaan Izra kepada kawan-kawan Izra adalah anak. Izra ada tanya lagi kepada mereka kenapa mereka memilih anak?

          Bagi rakan lelaki mereka memilih anak kerana bagi mereka peluang untuk menjadi seorang bapa bukanlah selalu ada. Jadi mereka lebih rela menyelamatkan anak. Jika isteri mereka terkorban, mereka masih berpeluang untuk mencari seorang isteri lagi. Maaflah kalau jawapan ini mengecewakan kaum Hawa. Ini adalah hasil yang Izra dapat daripada rakan-rakan Izra. Jawapan jujur mereka kepada Izra. 

          Bagi rakan perempuan, mereka juga memilih untuk menyelamatkan anak mereka kerana naluri seorang ibu. Naluri seorang ibu akan sedaya upaya melindungi anak-anak mereka. Mereka tidak mahu anak mereka cedera. Seboleh-bolehnya mereka lebih rela jika sakit yang anak mereka tanggung diberikan kepada mereka.Betul tak?

          Novel ini mengisahkan dugaan yang dihadapi oleh Aween yang bertarung hidup untuk anaknya.  Doktor yang merawat Aween ada menerangkan tentang situasi ini. Sebenarnya ada dua pendapat mengenai situasi ini iaitu pandangan Kristian dan pandangan Islam. Menarikkan. Barulah Izra tahu sebenarnya ini ada kena mengena dengan pandangan agama dan bukannya hanya pendapat manusia sendiri.

          Bagi pandangan Kristian, Antara ibu dan anak manakah yang paling penting? Jawapannya adalah ANAK. Kenapa orang yang beragama Kristian akan menyelamatkan nyawa anak? Ini kerana dalam ajaran Kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa. Dosa itu dikenali sebagai “Dosa asal” atau “Dosa waris”. Mereka percaya bahawa manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa, Untuk menebusnya, dia harus mengikuti seorang penyelamat iaitu penebus dosa seperti paderi.

          Setelah anak lahir akan berkesempatan untuk dibaptiskan iaitu tujuan untuk menebus dosa. Jika anak itu meninggal dunia sebelum dibaptiskan maka anak itu akan masuk neraka.

          Manakala pandangan Islam pula berbeza. Bagi pandangan Islam, mereka akan menyelamatkan nyawa ibu terlebih dahulu. Ini kerana setiap manusia yang dilahirkan adalah bersih dan suci. Bayi yang meninggal dunia selepas dilahirkan akan ditempatkan di dalam syurga. Dengan menyelamatkan ibu, inshaa Allah apabila ibu kembali sihat akan ada peluang untuk mengandung lagi.


         Setelah lama bermain dengan soalan ini barulah Izra tahu pandangan dari aspek agama. Bukan senang untuk membuat keputusan ini jika kita berada dalam situasi begini. Bukan sahaja melibatkan pandangan kita sebagai manusia tetapi turut melibatkan pandangan agama.

Banyak lagi novel yang bagus untuk Izra kongsi. Membaca novel bukan hanya sekadar hobi tapi banyak manfaatnya juga.


“ So hargailah setiap nyawa yang ada. Jangan sia-siakan nyawa yang ALLAH beri kepada kita. Manfaatkan dengan perkara yang kebaikan”

Tuesday, November 12, 2013

PERBEZAAN PEMIKIRAN

Salam semua.... Hari ini Izra nak share tentang perbezaan pemikiran. Setiap orang mempunyai pelbagai pendapat. Tak semua orang mempunyai pendapat yang sama. Tapi bila kita berkongsi pendapat, memang seronok. Dulu masa sekolah kita akan bercerita pelbagai cerita. Daripada pendapat yang kita kongsi maka terciptalah persahabatan. Tapi hari ini Izra bukan nak cerita tentang persahabatan tapi Izra nak cerita tentang perbezaan pendapat.

Pendapat ni sebenarnya memang penting. Bila kita berkongsi pendapat dan memberi pendapat tentang sesuatu isu, ia boleh mematangkan diri kita tetapi hanya pada individu yang sentiasa berfikiran terbuka sahaja yang akan berubah. Tidak semua orang boleh menerima pendapat seseorang. Tapi bila kita sentiasa berfikiran terbuka dan berfikiran jauh, mesti kita boleh berfikir tentang pendapat yang diberi.

Bagi seorang pekerja sebenarnya banyak manfaat yang mereka peroleh selain daripada pengalaman bekerja. Dari pengalaman bekerja, kita boleh berfikir bagaimana hendak memajukan diri kita. Bukan hanya berfikir untuk menjadi seorang pekerja yang baik dan bagus tapi kita juga perlu ada kesedaran diri untuk menjadi lebih maju dan lebih baik. Cuba anda fikirkan sampai bila anda nak jadi pekerja sahaja. Sentiasa bekerja untuk orang lain. Anda juga perlu ada pemikiran sebagai seorang ketua. Bagaimana nak melaksanakan kerja dan bagaimana nak mengendalikan pekerja. Pemikiran ini penting. Kita dapat mengetahui banyak perkara.

Izra mempunyai pelbagai jenis kenalan. Bagi Izra, dengan mengenali orang lain, Izra dapat mengetahui lebih banyak sikap orang lain. Seronok berkongsi pengalaman dan pendapat. Melalui pengalaman Izra, Izra dapat lihat perbezaan pendapat antara pekerja dan pemikiran seorang majikan.

Pemikiran seorang pekerja lebih kepada manfaat yang mereka perolehi daripada satu pekerjaan manakala pemikiran seorang majikan lebih luas. Majikan perlu berfikir untuk sesuatu yang lebih jauh seperti bagaimana nak mengendalikan seorang pekerja dan untuk kesetiaan seorang pekerja.

Pekerja lebih memikirkan diri mereka sendiri. Kadang kala mereka tidak kisah dengan situasi syarikat. Mereka lebih memikirkan tentang diri mereka. Memang tak salah untuk pentingkan diri tapi dalam pada yang sama kita perlu lihat di mana kita berada. Apakah situasi syarikat tempat mereke bekerja. Pekerja hanya fikir hak mereka sebagai pekerja. Memang setiap individu mempunyai hak mereka tapi kita perlu juga mempertimbangkan orang lain dalam setiap hal.

Dalam kehidupan ini kita perlu sentiasa ada sikap tolak ansur dan saling melengkapi. Disebabkan itu, kita manusia dijadikan tidak sempurna. Sentiasa melengkapi anatara satu sama lain. Kita perlu sentiasa berfikiran terbuka. Jangan hanya mementingkan diri kita. Untuk jadi lebih matang, kita perlu banyak berfikir dan sentiasa berfikiran luas. Hari inimkita jadi seorang pekerja, mungkin satu masa kita akan jadi pemilik perniagaan. Fikirlah. Mungkin satu hari nanti apa yang kita lakukan pada orang lain pasti akan kembali pada kita. Sanggupkah anda semua mengalami perkara yang sama anda lakukan pada orang lain?
Fikirkanlah......

HORMAT MENGHORMATI

Assalamualaikum....Apa khabar semua? Hari ni Izra nak cerita tentang hormat pada orang lain. Izra bukan apa, Izra lihat ramai orang sekarang sudah mula lupa diri. Lupa pada siapa kita. Hanya pandai mementingkan diri.

Kenapa keadaan begini berlaku? Mungkin mereka fikir mereka lebih tinggi pangkat dan bangga pada diri mereka. Pangkat besar, riak atau bangga mula menguasai diri. Kita patut jaga batas kuasa kita. Tapi kini tidak lagi. rasa hormat pada orang lain hilang. Yang ada hanyalah rasa bangga diri. Patutkah begitu? Seburuk mana orang itu kita perlu hormat. Barulah orang akan hormat kita balik.

Bila dapat bos garang, kita akan mula takut. Tapi dari takut akan sentiasa ada rasa hormat. Bos tegas, staff akan sentiasa rasa ada jurang antara mereka. Staff bawahan akan sedar akan kedudukan mereka. Bukan hanya kita orang bawahan perlu hormat pada orang atasan tapi orang atasan juga mesti perlu ada rasa hormat pada orang bawahan.

Bila dapat bos baik hati atau sopan, staff pula mula mengambil kesempatan dia atas kebaikan bos. Di mana perasaan hormat kita terhadap mereka? Kita sepatutnya beruntung dengan apa yang kita perolehi. Belajar bersyukur. Tiada bos yang mahu syarikat mengalami kerugian. Kita perlu hormat keputusan bos dan juga hormat kuasa yang telah bos berikan kepada kita.

Izra betul-betul rasa kecewa dengan sikap sesetengah pekerja yang tidak tahu bersyukur. Mereka lupa diri mereka hanya kerana memikirkan hak mereka. Tidak salah jika ingin mempertahankan hak sebagai pekerja tapi kita perlu buat dengan cara yang betul. Hormat orang lain jika kita ingin orang lain menghormati kita.

Lagi satu, dalam bergurau kadangkala kita perlu fikir apa yang kita ingin perkatakan. Jaga tutur kata. Memang tak salah ingin bergurau tapi kita perlu jaga batasan bergurau.Jangan disebabkan gurauan, orang lain hilang rasa hormat kepada kita.

Hormat menghormati penting. Kita perlu tahu batasan kita. jaga pergaulan kita. Kalau kita nak orang hormat kita, kita perlu belajar cara menghormati orang lain. Fikirlah.

Monday, November 4, 2013

SURAH YASIN TUJUH MUBIM

       Hai...Izra nak share satu info yang Izra baru dapat dari baca novel. Novel bukan hanya satu rekaan semata-mata tapi juga ada info berguna untuk kita. So jangan pandang rendah pada novel. Novel juga banyak info berguna. Kita dapat pelajari pelbagai info.

       Hari ini Izra nak share tentang surah Yasin Tujuh Mubim. Apa itu surah Yasin tujuh mubim? Izra pun baru tau hari ni. Yasin tujuh mubim ialah Surah Yasin yang dibaca berulang-ulang sebanyak tujuh kali setiap kali kita bertemu dengan kalimah mubim dalam surah tersebut.

       Untuk pengetahuan , dalam surah Yasin ada tujuh kalimah mubim. Kalimah mubim terdapat pada ayat 12, 17, 23, 47, 60, 69 dan 77.

       Apakah beza bacaan yasin biasa yang kita amalkan dengan bacaan yasin tujuh mubim? Izra pun tertanya-tanya juga pada mulanya. Tidak tahu beza antara bacaan yasin biasa.

       Jawapannya adalah, bacaan biasa dibaca secara terus menerus tetapi bagi bacaan yasin tujuh mubim berbeza. Bacaan dibaca seperti biasa dan berhenti pada mubim yang pertama dalam rangkap ayat 12 sebelum berdoa. Kemudian dimulakan dengan ayat pertama sehinggalah berjumpa dengan ayat mubim kedua dan diulang sehingga ayat mubim ke-7. Dibaca habis dan last sekali dengan doa. Setiap kali bertemu mubim, hendaklah kita mewakafkan ayat. Kemudian berdoa dan dimulakan dengan ayat pertana kembali.

Apakah kelebihan surah yasin tujuh mubim dengan surah yasin biasa? Kelebihannya adalah seperti di bawah:

1) mendapatkan semua baranagan berharga yang telah dicuri. Dengan izin-Nya kemungkinan diperoleh.

2) untuk memanggil anak yang lari dari rumah

3) melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.

4) sebagai pendinding daripada gangguan jin dan syaitan

5) juga dibaca untuk pesakit yang sedang tenat

Allah itu mudah saja untuk memberi manusia pahala jika kita mengamalkan suruhan-Nya. Seperti fadilat surah yasin tujuh mubim ini, hanya sekadar satu zikir, jangan meletakkan penggantungan pada ayat ini tetapi berserahlah kepada Allah.

Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa, berusaha dan tawakal apabila ditimpa musibah. Akhir sekali barulah kita berserah pada-Nya. Hanya DIA yang menetukan segalanya. Tanpa izin-Nya segalanya tidak akan berguna.

Sunday, November 3, 2013

PELUANG

Assalamualaikum... Dah lama Izra tak update blog Izra. Sejak akhir-akhir ni Izra busy dengan kerja Izra. Busy sampai rasa kadang-kadang tak ada life. Tapi Izra memang suka kerja yang busy. Sebab dengan busy kadang-kadang mencabar kecekapan kita untuk selesaikan masalah. Memang best. Izra suka kerja yang ada cabaran. Tapi bila dapat kerja yang tak ada cabaran kadang-kadang buat Izra leka.

Hari ini Izra nak cerita pasal peluang. Memang betul orang kata kalau kita tak pandai ambil peluang memang susah. Nak haranpkan apa yang kita hendak datang bergolek memang  mustahil. Cari apa yang kita hendak. Hidup hanya sekali. Nikmati hidup sebaik-baiknya.

OK apa yang Izra nak cerita hari ini ialah Izra dapat cari investor untuk impian Izra. Cuma implement bukan untuk tahun ini. Izra kenalah fikir banyak strategi untuk impian Izra. Impian Izra adalah untuk membuka perniagaan sendiri. Izra rasa happy sebab diberi peluang ini.

Peluang hanya datang sekali sahaja. Bukan selalu kita diberi peluang. So sesiapa yang diberi peluang, just go on. Jangan bazirkan peluang yang ada. Izra teringat masa study dulu, Izra grab saja peluang perniagaan yang ada. Masa Izra memang padat. Dulu masa Izra study, Izra ada perniagaan photocopy, kuih-muih dan juga kiosk di Mall universiti. Masa Izra memang pack tapi disebabkan minat, sentiasa ada rasa happy.

Bayangkanlah dengan study lagi. Izra memang tak suka untuk baca buku. Izra belajar dengan menggunakan pengalaman. Kadang-kala kita sendiri tidak perasan apa yang kita aplikasikan pelajaran dalam kehidupan. Seperti belajar mengenai perniagaan. Banyak yang kita pelajari boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dengan perniagaan yang Izra jalankan Izra dapat applikasikan daripada pelajaran Izra. Belajar tidak susah kalau kita tahu applikasikan. Betul tak?

Dulu masa Izra lepas SPM, cita-cita Izra nak jadi pramugari. Izra ada try apply untuk jadi pramugari. Izra pergi interview dan diberi peluang untuk jadi pramugari baru-baru ni. Tapi bila Izra fikir balik memang best kalau dapat apa yang kita impikan tapi bercanggah dengan prinsip hidup Izra sekarang. Lagipun sekarang banyak untuk jawatan kontak. So lebih baik Izra lepaskan peluang ini dan pergi ke peluang yang lagi bagus.

So apa yang Izra nak ceritakan bukanlah mengenai cita-cita Izra tapi mengenai usaha kita untuk mencari peluang. Jika kita minat sesuatu pastikan usaha kita berterusan. Jangan harapkan apa yang kita inginkna bergolek depan mata. Jika kita inginkan menjadi pramugari, pergi interview dan perbaiki diri kita supaya menepati criteria untuk menjadi seorang pramugari. Jika kita ingin jadi usahawan atau ahli perniagaan, pelajari bagaimana kita boleh menjadi usahawan yang berjaya dan kenali orang-orang yang berpotensi untuk menjadi pelabur dan yang paling penting networking yang baik boleh membantu dalam memberi galakan dalam perniagaan.

" Kejarlah impian kita selagi boleh. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Peluang hanya datang sekali sahaja dalam hidup. Jangan biarkan peluang itu disia-siakan begitu sahaja tanpa sebarang usaha...."