Nuffnang Ads

Wednesday, January 29, 2014

HANYA YANG TERBAIK

Assalamualaikum...Izra rasa dah lama Izra tak update blog Izra. Hari ini Izra luangkan masa Izra untuk kongsikan apa yang Izra perolehi.

Hidup ini tak semudah yang kita sangka. Kadang-kadang bila semangat kita ada, semua kerja jadi mudah, tapi bila semangat kita hilang, banyak yang kita perlu lihat. Bila semangat mula goyah, berhenti sebentar dan mula toleh ke belakang sebentar. Fikir apa yang kita telah perolehi dan ambil semangat balik. Bukan mudah untuk bangun bila kia sudah mula untuk jatuh.

Izra sedar semua ini bila semangat Izra mula menurun. Tak mudah untuk bangun sendiri. Kerja bulan ini agak busy dan kadang kala cabaran yang kita lalui jadi sukar bila ada halangan. Lagi-lagi bila pandangan negatif mula menular dalam diri. Semua yang kita nampak adalah salah. Itu racun yang paling mujarab.

Hidup dalam kalangan orang yang berpandangan negatif memang tidak mudah. Masa yang diperlukan tidak banyak untuk jatuh. Semangat kene kuat. Begitu juga dalam pekerjaan. Tidak mudah untuk laluinya.

Bercakap mengenai pekerjaan, stress memang tak dapat dielakkan. Tapi Izra sedar, hanya yang terbaik akan bertahan dalam sesebuah syarikat tidak kira siapa anda. Walaupun anda adalah pekerja pertama sesebuah syarikat, ini tidak bermakna kedudukan anda terjamin. Jangan terlalu selesa. Kadang-kala dikala semangat kita mula turun, hanya diri kita sahaja yang boleh mengubahnya. Memang kita perlukan sokongan orang lain juga tapi kadang kala persepsi yang kita rasa baik sebernaya boleh membunuh kita.

Bukan senang nak survive dalam position anda dan naik ke tangga yang lain. Yang penting adalah semangat dan juga ketabahan kita untuk laluinya. Yang kuat dan tabah akan naik tapi bila kita lemah, kita akan ketinggalan. Ini yang Izra perolehi dalam minggu ini.

Even anda adalah pekerja pertama dalam sesebuah syarikat ini tidak akan menjadikan anda istimewa. Sebanyak mana pengalaman anda kalau anda kalah dari segi psikologi, anda akan berada dibawah. Pandangan negatif boleh membunuh orang lain dan juga diri kita. Sentiasalah berfikiran positif.

Kesimpulannya, Izra nak kongsi adalah pandangan negatif mampu membuat kita down dan akan berada di bawah dan juga kadangkala pendapat orang lain berguna untuk kita dan kadang kala pandang itu juga boleh membunuh kita. So sebelum kita absorb mana-mana pandanga, fikir baik buruk.

"sentiasalah fikir positif, ini akan memberikan anda keyakinan untuk lebih berjaya"

Monday, January 6, 2014

KEBERKATAN

Assalamualaikum....Hari ni Izra nak cerita tentang keberkatan. Bukan apa sebab keberkatan ni penting dalam kehidupan kita. Lagi-lagi sebagai seorang muslim. Manusia kini semakin lalai dalam tindakan mereka. Apa yang penting dalam kehidupan mereka adalah pendapatan mereka sentiasa meningkat.

Pernah tak terfikir adakah gaji yang kita peroleh berkat atau tidak? Jika gaji kita berkat, walaupun jumlah tidak banyak sesungguhnya ia akan mencukupi. Tapi kini Izra tengok semakin tinggi pendapatan semakin tidak mencukupi. Betul tak?

Izra nak share satu cerita berdasarkan cerita benar. Ini mengisahkan tentang seorang pekerja yang bekerja di sebuah syarikat dengan gaji atau pendapatan asas yang rendah. Izra cuma gelarkan sebagai Amri (bukan nama sebenar). Amri seorang pekerja yang baik dan jujur. Pada mulanya Amri bertanya dengan sahabatnya Zali (bukan nama sebenar) tentang jawatan kosong di tempat Zali. Amri amat berminat dengan pekerjaan di tempat Zali. Baginya dia memang berminat bekerja di tempat Zali. Itu adalah impian Amri. Amri juga tidak kisah dengan gaji yang akan diberikan asalkan Amri dapat kerja yang dia minat.

Sebulan kemudian Amri dapat kerja di tempat Zali. Dia amat berterima kasih pada Zali dan dia bekerja bersungguh-sungguh. Namun itu hanya pada permulaan sahaja. Setelah 3 bulan bekerja bersama Zali, Amri mula merungut kepada Zali. Gaji yang dia terima tidak mencukupi tetapi pada masa yang sama prestasi dia meningkat. Syarikat memberi memberi kepercayaan dengan beri kerja luar kepada Amri. Selain itu syarikat beri elaun harian kepada Amri. Gaji pokok tidak bertambah tetapi diberi dengan kelebihan kepada Amri iaitu elaun harian. Setiap sehari Amri bekerja di luar akan diberi RM160 elaun harian. Bayangkan jika gaji Amri sebulan RM2000, elaun harian RM160 sehari, elaun makan sehari RM90 sehari dan elaun telefon sebulan RM300. Berapa pendapatan yang Amri terima dalam sebulan?

Jika AMri bekerja di luar selama sebulan, dalam sebulan berapa yang Amri terima?
Syarikat tidak mengambil kira elaun yang diberikan sebagai pendapatan untuk Amri. Hanya gaji pokok yang ditolak untuk KWSP. Bayangkanlah tidak ke bertuah dan beruntung pada Amri? Tapi kenapa masih merungut?

Kerana tamak dan sifat tidak bersyukur seseorang boleh melemahkan sifat mahmudah. Manusia semakin lalai dan lupa. Amri tidak puas hati dengan syarikat dan bertindak untuk menipu syarikat. Segala perbelanjaan yang boleh claim, Amri akan mark up daripada harga sebenar. Resit hotel di mana setiap kali dia bekerja luar akan ditambah daripada harga sebenar. Semakin lama Amri semakin tamak. Disebabkan amarahnya kepada syarikat dia menjadi semakin tamak. Tak pernah fikir adakah berkat ke tak gaji yang diterima.

Kerja di luar dengan hotel boleh claim tapi Amri buat keputusan sewa rumah dengan kawan sekerja. Masing-masing sepakat untuk claim lebih kepada syarikat. Sewa rumah sebulan hanya RM150 seorang tapi claim dengan syarikar sebanyak RM90 sehari. Bayangkan berapa banyak yang dia telah ambil untung?

Gaji Bersih : RM 1750
Elaun Telefon : RM 300
Elaun Makan : RM90 (30 hari) - RM 2700
Elaun harian kerja luar : RM160 (30hari ) - RM 4800
Hotel : RM90 (30 hari) - RM2700 sedangkan sewa rumah hanya RM150

Jumalah gaji yang diterima ialah - RM 12,250.
Gaji yang sebenarnya ialah RM 9,700.

Bayangkanlah berapa banyak perbezaannya? Terlalu banyak. Berkatkah pendapatan kita? Jangan hanya kerana kita geram dengan syarikat kita lakukan seperti demikian. Bagi Izra itu sama seperti menipu. Amri langsung tidak bersyukur dengan apa yang syarikat telah berikan.

Sebagai manusia dan juga sebagai seorang muslim, kita perlu bersyukur. Tidak perlulah untuk menipu seperti Amri. Jika tidak puas hati kita perlu berbincang. Jangan menipu. Sebab pendapatan yang kita peroleh samalah seperti pendapatan haram. Dapat dari hasil menipu dan bukannya dari hasil yang berkat.

Fikirkanlah dan renung-renungkanlah....




Wednesday, January 1, 2014

HALAL KE TAK??????????????????????

Hi, hari ni Izra nak share satu situasi semasa Muslim Tour. Untuk muslim memang penting untuk make sure makanan yang dimakan adalah HALAL. So macam mana nak tau makanan tu HALAL ke tak? Ni Izra nak share satu pengalaman di Muslim Tour. Baru-baru ni Izra pergi ke Taiwan untuk trip and yang paling penting pakej yang Izra ambil adalah pakej muslim. Itu penting. So kita akan make sure everything kene dengan hukum ISLAM.

Semasa di Taiwan Izra ada bertemu dengan group Muslim yang lain and cerita ni Izra dapat dari pemerhatian Izra semasa makan di suatu hotel di mana terdapat ahli dari group Muslim tersebut. Rasanya tak perlu untuk Izra nyatakan group tersebut dari mana. Tujuan Izra adalah cuma untuk berkongsi sahaja. Cukuplah sekadar berkongsi info. Sebab bila kita berkata lebih dah jadi seperti kita mengumpat orang tersebut. Tujuan Izra cuma sakadar kongsi info. Jadikan pengajaran untuk diri kita.

Di suatu masa ketika di hotel semasa trip for muslim:

Boy A : Eh u rasa makanan ni halal x?
Boy B : kan tadi tour guide ada inform makanan boleh makan.
Boy A : tapi i tak yakin. I tegok masing-masing ambil makanan ni. Sedap je. I nak juga la....
Boy B : semua orang makan. lagi pun semua sayur-sayuran. Tak ada pun daging.
            Kalau tak yakin jangan makan.
Boy A : I nak la.
Boy B : Ambil je la kalau nak. Kenapa nk ragu-ragu. Kalau ragu-ragu lebih baik jagan ambil.
Boy A : I'm not trust u. I just trust ALLAH. ( kata tanpa fikir perasaan orang lain)
Boy B : (bengang n terus ambil makanan)

Nak tau apa jadi?

Boy A take his food but he takes meals with pork and he think thats HALAL for him and ignore the Boy B opinion....
Tour guide go towards him and tell him thats meals had a pork....

Boy A berlalu tapi masih degan pendapat diri dia. Langsung tak berterima kasih. Malu tapi masih nak menegakkan benang yang basah. Diri salah tapi masih angkuh.

So ape pndapat korag?????
Lain kali apa yang orang cakap dengar betul-betul. Makanan yang tak de pork tak nak pilih. Tak percaya dengan orang lain....

Kalau korang berada semasa kejadian berlaku mesti korang rasa geram. Izra sendiri pun rasa geram dengar Boy A tu cakap. Bukan apa, bagi Izra kita sesama Islam sepatutnya share info. Lagi-lagi bila berkaitan dengan makanan. Bukan senang nak melihat negeri orang. So kene make sure everything OK.

Kesimpulannya, jangan nak berlagak pandai. Hidup ini perlu juga berkongsi ILMU. Kalau kita tak tahu, bertanya. Kalau tak, sesat jalan.....

Renung-renungkan.....



" Jangan malu untuk bertanya andai tak tahu.... Jangan bodoh sombong untuk mengetahui sesuatu"