Nuffnang Ads

Monday, January 6, 2014

KEBERKATAN

Assalamualaikum....Hari ni Izra nak cerita tentang keberkatan. Bukan apa sebab keberkatan ni penting dalam kehidupan kita. Lagi-lagi sebagai seorang muslim. Manusia kini semakin lalai dalam tindakan mereka. Apa yang penting dalam kehidupan mereka adalah pendapatan mereka sentiasa meningkat.

Pernah tak terfikir adakah gaji yang kita peroleh berkat atau tidak? Jika gaji kita berkat, walaupun jumlah tidak banyak sesungguhnya ia akan mencukupi. Tapi kini Izra tengok semakin tinggi pendapatan semakin tidak mencukupi. Betul tak?

Izra nak share satu cerita berdasarkan cerita benar. Ini mengisahkan tentang seorang pekerja yang bekerja di sebuah syarikat dengan gaji atau pendapatan asas yang rendah. Izra cuma gelarkan sebagai Amri (bukan nama sebenar). Amri seorang pekerja yang baik dan jujur. Pada mulanya Amri bertanya dengan sahabatnya Zali (bukan nama sebenar) tentang jawatan kosong di tempat Zali. Amri amat berminat dengan pekerjaan di tempat Zali. Baginya dia memang berminat bekerja di tempat Zali. Itu adalah impian Amri. Amri juga tidak kisah dengan gaji yang akan diberikan asalkan Amri dapat kerja yang dia minat.

Sebulan kemudian Amri dapat kerja di tempat Zali. Dia amat berterima kasih pada Zali dan dia bekerja bersungguh-sungguh. Namun itu hanya pada permulaan sahaja. Setelah 3 bulan bekerja bersama Zali, Amri mula merungut kepada Zali. Gaji yang dia terima tidak mencukupi tetapi pada masa yang sama prestasi dia meningkat. Syarikat memberi memberi kepercayaan dengan beri kerja luar kepada Amri. Selain itu syarikat beri elaun harian kepada Amri. Gaji pokok tidak bertambah tetapi diberi dengan kelebihan kepada Amri iaitu elaun harian. Setiap sehari Amri bekerja di luar akan diberi RM160 elaun harian. Bayangkan jika gaji Amri sebulan RM2000, elaun harian RM160 sehari, elaun makan sehari RM90 sehari dan elaun telefon sebulan RM300. Berapa pendapatan yang Amri terima dalam sebulan?

Jika AMri bekerja di luar selama sebulan, dalam sebulan berapa yang Amri terima?
Syarikat tidak mengambil kira elaun yang diberikan sebagai pendapatan untuk Amri. Hanya gaji pokok yang ditolak untuk KWSP. Bayangkanlah tidak ke bertuah dan beruntung pada Amri? Tapi kenapa masih merungut?

Kerana tamak dan sifat tidak bersyukur seseorang boleh melemahkan sifat mahmudah. Manusia semakin lalai dan lupa. Amri tidak puas hati dengan syarikat dan bertindak untuk menipu syarikat. Segala perbelanjaan yang boleh claim, Amri akan mark up daripada harga sebenar. Resit hotel di mana setiap kali dia bekerja luar akan ditambah daripada harga sebenar. Semakin lama Amri semakin tamak. Disebabkan amarahnya kepada syarikat dia menjadi semakin tamak. Tak pernah fikir adakah berkat ke tak gaji yang diterima.

Kerja di luar dengan hotel boleh claim tapi Amri buat keputusan sewa rumah dengan kawan sekerja. Masing-masing sepakat untuk claim lebih kepada syarikat. Sewa rumah sebulan hanya RM150 seorang tapi claim dengan syarikar sebanyak RM90 sehari. Bayangkan berapa banyak yang dia telah ambil untung?

Gaji Bersih : RM 1750
Elaun Telefon : RM 300
Elaun Makan : RM90 (30 hari) - RM 2700
Elaun harian kerja luar : RM160 (30hari ) - RM 4800
Hotel : RM90 (30 hari) - RM2700 sedangkan sewa rumah hanya RM150

Jumalah gaji yang diterima ialah - RM 12,250.
Gaji yang sebenarnya ialah RM 9,700.

Bayangkanlah berapa banyak perbezaannya? Terlalu banyak. Berkatkah pendapatan kita? Jangan hanya kerana kita geram dengan syarikat kita lakukan seperti demikian. Bagi Izra itu sama seperti menipu. Amri langsung tidak bersyukur dengan apa yang syarikat telah berikan.

Sebagai manusia dan juga sebagai seorang muslim, kita perlu bersyukur. Tidak perlulah untuk menipu seperti Amri. Jika tidak puas hati kita perlu berbincang. Jangan menipu. Sebab pendapatan yang kita peroleh samalah seperti pendapatan haram. Dapat dari hasil menipu dan bukannya dari hasil yang berkat.

Fikirkanlah dan renung-renungkanlah....




No comments:

Post a Comment