Nuffnang Ads

Wednesday, January 29, 2014

HANYA YANG TERBAIK

Assalamualaikum...Izra rasa dah lama Izra tak update blog Izra. Hari ini Izra luangkan masa Izra untuk kongsikan apa yang Izra perolehi.

Hidup ini tak semudah yang kita sangka. Kadang-kadang bila semangat kita ada, semua kerja jadi mudah, tapi bila semangat kita hilang, banyak yang kita perlu lihat. Bila semangat mula goyah, berhenti sebentar dan mula toleh ke belakang sebentar. Fikir apa yang kita telah perolehi dan ambil semangat balik. Bukan mudah untuk bangun bila kia sudah mula untuk jatuh.

Izra sedar semua ini bila semangat Izra mula menurun. Tak mudah untuk bangun sendiri. Kerja bulan ini agak busy dan kadang kala cabaran yang kita lalui jadi sukar bila ada halangan. Lagi-lagi bila pandangan negatif mula menular dalam diri. Semua yang kita nampak adalah salah. Itu racun yang paling mujarab.

Hidup dalam kalangan orang yang berpandangan negatif memang tidak mudah. Masa yang diperlukan tidak banyak untuk jatuh. Semangat kene kuat. Begitu juga dalam pekerjaan. Tidak mudah untuk laluinya.

Bercakap mengenai pekerjaan, stress memang tak dapat dielakkan. Tapi Izra sedar, hanya yang terbaik akan bertahan dalam sesebuah syarikat tidak kira siapa anda. Walaupun anda adalah pekerja pertama sesebuah syarikat, ini tidak bermakna kedudukan anda terjamin. Jangan terlalu selesa. Kadang-kala dikala semangat kita mula turun, hanya diri kita sahaja yang boleh mengubahnya. Memang kita perlukan sokongan orang lain juga tapi kadang kala persepsi yang kita rasa baik sebernaya boleh membunuh kita.

Bukan senang nak survive dalam position anda dan naik ke tangga yang lain. Yang penting adalah semangat dan juga ketabahan kita untuk laluinya. Yang kuat dan tabah akan naik tapi bila kita lemah, kita akan ketinggalan. Ini yang Izra perolehi dalam minggu ini.

Even anda adalah pekerja pertama dalam sesebuah syarikat ini tidak akan menjadikan anda istimewa. Sebanyak mana pengalaman anda kalau anda kalah dari segi psikologi, anda akan berada dibawah. Pandangan negatif boleh membunuh orang lain dan juga diri kita. Sentiasalah berfikiran positif.

Kesimpulannya, Izra nak kongsi adalah pandangan negatif mampu membuat kita down dan akan berada di bawah dan juga kadangkala pendapat orang lain berguna untuk kita dan kadang kala pandang itu juga boleh membunuh kita. So sebelum kita absorb mana-mana pandanga, fikir baik buruk.

"sentiasalah fikir positif, ini akan memberikan anda keyakinan untuk lebih berjaya"

No comments:

Post a Comment