Sekarang ni dah jadi trend kan cerita adaptasi dari novel. Tapi memang sweet. Excited juga nak tengok cerita yang diadaptasi dari novel.
Yang terbaru novel Projek memikat suami akan dirakamkan
dan dilakonan oleh Ema Maembong dan Aiman. Memang sweet. Tak sabar rasanya nak tunggu cerita ni keluar.
Novel ni memang best. Mengisahkan pasangan yang diaturkan oleh ibu bapa bernama Nawwal Husna dan Zahrain Alimin. Novel ni memang bagus cuma tidak sesuai untuk bacaan kanak-kanak or remaja. Husna seorang gadis yang mendengar kata ibu bapa dan juga redha dengan jodoh yang telah diaturkan. Bertungkus lumus dalam memastikan perkahwinan itu berkekalan.
Pelbagai cara yang digunakan demi untuk memikat Zahrain. Zahrain walaupun pada mulanya dia suka pada gadis seksi dan setaraf kini mulai cair dengan strategi yang dimulakan oleh isterinya. Isterinya bijak mengatur strategi.
Sinopsis :
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!
Pengajaran yang diperoleh dari novel ialah tidak semestinya jodoh yang diaturkan oleh keluarga itu salah. Ibu bapa mana yang hendak anaknya hidup susah. Selain itu, untuk capai kebahagiaan semuanya terletak pada diri kita. Jika baik yang kita fikir maka bahagialah yang kita perolehi tapi jika salah yang kita set diminda kita maka sengsaralah yang kita perolehi.
Untuk capai kebahagiaan kita perlu cari dan usaha. Tanpa usaha bagaimana kebahagiaan akan jadi milik kita. Amat mustahil. Percaya pada diri. Tiada yang mustahil yang kita perolehi.
So selamat membaca.....